November 6, 2012

INFO : Herbs Supplier ; Pembekal Herba

As salamm..
dah lama gila xupdate blog. pasal konvo pun blom update padahal dah basi.huhu

Entry ni aku tulis untuk tujuan yang lebih bermanfaat.hihi.
sebebnarnya nak hebahkan pasal bisnes yang abang ipar aku dah involve dari tahun 2007 lagi, FIDEA RESOURCES.

FIDEA ni melibatkan pembekalan herba herba asli kat bumi kita ni. Rasanya semua orang taw kot, herba banyak gila khasiat, pastu skrg mostly orang makin pandang herba ni benda yang macam berharga gila sebab orang nak elakkan modern medicine.

Herba herba yang ada  FIDEA bekalkan,yang aku boleh bagitaw, ada kat list bawah ni :

- TONGKAT ALI CAPSUL
- KACIP FATIMAH
- HEMPEDU BUMI
- PEGAGA
- PECAH BELING (DAUN)
- STIVIA
- ROSELLE
- KULIT MANGGIS
- DUKUNG ANAK
- TUNJUK LANGIT (MAHOGANI)
- MAHKOTA DEWA
- MENGKUDU
- POWDER TONGKAT ALI
- POWDER KACIP FATIMAH
- POWDER HEMPEDU BUMI
- POWDER TUNJUK LANGIT(MAHOGANI)
- TONGKAT ALI EXTRACT
- KACIP FATIMAH EXTRACT
- MANGGIS EXTRACT
- TRIBULUS EXTRACT
- EPIMEDIUM EXTRACT



HAaa.. amekaw. macam2 kan. Selain drpd bekal herba2 tu, FIDEA pun ada buat servis lain jugak. contoh : grinding, packing (3in1,tea), sun dry, oven dry.dannnn ! ada jugak supply mesin untuk sesiapa yang nak, mcm msin slide tongkat ali semua tu.



sebenarnya aku buat entry ni sebab aku pernah jugak nak cari yg cerita sal herba pastu mcm xbanyak, so baik aku guna peluang ni, kot2 ada org yg dok google2 jgk mcm aku.sbb skrg aku penganggur yg berjaya, so ada faedah jugak aku buat entry ni :P. dulu aku ada ambik subject fitokimia masa last sem, so tawu la sikit2 sal herba ni dan memang minat. pastu skrg mcm2 lagi yg aku dapat taw sal herba ni,yg paling aku minat, sal yg elok untuk kulit la, typical prmpuan :)



sesiapa yg berminat nak tawu lagi info2 lain, ataupun berminat nak dapatkan perkhidmatan FIDEA, boleh tekan link kat bawah, ataupun bleu emailkan ja. pastu kalau nak tgk website pun bolehhhh :)



FANPAGE FACEBOOK :  HERBS D FIDEA(FIDEA RESOURCES *baru buat* :)


EMAIL : fidearesources@gmail.com


WEBSITE : 

September 9, 2012

the momento

assalamualaikum
wah.dah lama btol xtls kat blog ni.since balik dr johor.skrg mnetap kat kedah semula.best mmg best sbb makan sedap pastu rileks ja.tapi yg xbest sbb xdak duit.haha

tetiba rasa nak update sbb teringat pasal semalam
bulan dtg sni.adik dia smbg dgree dkt uitm arau.ingatkan xdapat jmpa sbb ada macam2 sbb.lastlast dapat jgk.dia stay dkt kngar.so decide jmpa dkt kangar ja.dy pun xfamiliar dgn jalan.aku pulak taw smpai arau ja.hujan pulak lebat.

bila sampai sana.aku xtaw nak bhenti kat mana.xjmpa tmpt yg sng nk parking.aku pusing hampir 5x kat situ dgn kereta manual smpai naik tension.
so aku call dia tanya kat mana suma.dia bgtaw aku satu tmpt yg aku xtaw.so dy tanya aku kat mana.aku dah mcm nak nangis dah sbb well.haha.aku masa tu bhenti kat 1 tmpat yg aku termasuk sbb jalan banyak 1 way.so klu da salah mmg sshla.parking pulak ada time tu.so apa lagi.aku bgtaw dia position aku time tu.dia cakap dia tawu pastu srh aku tggu.aku mcm tkejut dan pelik pun ada.mana pulak pkcik ni taw.

dia suruh aku tunggu situ.nanti dia sampai.dia ckp dia taw.tetiba bila dah sampai rumah baru aku terfikir.dia xtaw pun tmpat aku ddk tu.dia mmg xdak gps.sbb awal tu dia tanya aku jalan.pastu aku ni manalah tawu.lps aku mcm tnsion dia dok tnya jln,dy xpnh tnya dah.so mmg cnfrm dia xtaw.

now i know.dia saja cakap dia taw sbb xnak aku gelabah sbb dah sesat.pastu sggp pusing sndri cari aku drpd aku yg cari dia.padahal tu first time.dy kat situ.aku ni dah bertime time.huhu.terharu :')
i love u.


August 2, 2012

celebrate birthday boy

ni cerita hampir sebulan lepas, tapi rasa macam baru ja.
7/7 haritu keluar dgn bulan untuk celebrate birthday dia. memang dah lama plan,
sebelum aku habis belajar lagi.sbelum dapat taw date final exm semua, tapi nasib baik final dah habis before end of June lagi.
dalam hati dah pasang niat nak belanja si bulan ni makan tempat yang special sikit. kan hari special beliau.
so, sejak dah niat tu, aku memang selalu menabung,memang aku xkacau duit tu, macam xcaya pulak.
selalunya klu aku simpan duit, nanti bila malas nak ke bank, aku guna dulu, tapi duit tu aku xsentuh.semangatnya,hee
kebetulan aku balik dari johor dah hujung bulan macamtu, so aku stay dekat klang ja,rumah kak teh.

haritu kami keluar pergi mall yang xpernah pergi sama sama.klu x nak ke sunway tapi cancel
kami g ou, one utama.saja nak jalan tempat baru.
awalnya aku niat nak bawak bulan g fullhouse, tapi cancel atas sebab2 tertentu.
kami sampai dah waktu lunch dah. so mmg baguslah,waktu makan.
tapi ou tu besar, aku rasa tempat makan dia merata rata, xdiletakkan kat 1 section,maybe nak make sure xcrowded sgt tapi bagi aku, susahkan pulak.
xbiasa dgn tempat tu, so asyik memusing ja cari tempat.
aku suka nak tengok map yg dia prepare tu tapi bulan selalu malas nak tengok, nak cari sendiri,last2 lost
tu yang buat aku mengamuk tu, ada kemudahan xnak guna, xpasal2 kena marah dgn aku.
macam biasa la, kalau dah lapar, mulala aku nak makan org.haha

haritu kurg seronok sebab si bulan ni sakit kaki.
jalan dah macam itik dah, nak tergelak aku bila tengok, hehe.so bila jalan, kena tolong papahkan.
bila dia dah stable, baru boleh lepas.ni gara2 dia try exrcse apa ntah.
hari tu hari kami manjakan perut.makan xberhenti,sukanya aku.

kami pergi Garden, Baskin Robbin, Oldtown, Burger Bakar Kaw2.
sampai ke malam asyik makan.
kami ni kan LDR, jarang jumpa, so bila jumpa selalunya keluar seharian.
tapi disebabkan condition dia yg xokay tu, terpaksa balik awal, bagi dia rehat.
bebal jugak aku.heheh

bulan bukan dapat makan ja haritu, dapat special gift lagi.
dah beli siap2 masa dekat johor. kemain kalut aku dgn bibie cari sebab hjg2 sem busy.

dah panjang bercerita, so ada sikit gambar2 yang sempat ambik. bye !





July 22, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..
Here comes again Ramadhan, Alhamdulillah, still have the chance to be in this month.
Hoping that i'll puasa penuh :P
finished my abc right before first day Ramadhan
btw, i am now like a housewife, accompany and help my sister during her confinement period.
got my second niece on 20th July 2012,Alhamdulillah
my sister havent decide the name yet.

not in the mood updating this blog.
missing my home.

July 7, 2012

selamat hari lahir sayang

eh eh !
da 7 july. nice date kan :)
pandai makcik sapurah pilih hari nak beranak,hihi

amir hafizudin sayang, selamat hari lahir, semoga kamu akan dikurniakan rezeki, kesihatan dan pkerjaan yg baik
semoga Allah mudahkan semua urusan kamu
amiinnn.
dan one more ! semoga hubungan kamu dengan org tu cepat disatukan, dan kekal #eh
hihik. goodluck for ur future life and ur becoming last sem.
gonna always heart u ;)

July 2, 2012

bakar lemak sebanyak setengah keping roti canai

eh hai !
assalamualaikum
so this one is bukan cerita basi one, hehe. sebab yang ni cerita jumaat lepas.

ni semua bulan punya idea. mengidam katanya.haha
jumaat lepas aku telah berjaya membakar kalori yang bersamaan dengan setengah keping roti canai.
kalau dengar macam xdak apa sangat kan.
tapi nak capai tu pun anda perlu jogging sejauh 2.8km bersamaan 10 000 langkah.
kat situ dia dah sediakan path untuk jog n siap ada berapa km n langkah semua tu, sbb tu senang
untuk aku yang dah agak lama tinggal benda2 sihat macam tu, ya Allah, asyik nak give up ja
badan dah xfit, stamina low gila.
tapi bila jog, mesti teringat src :)

kami jog dekat tasik shah alam, yang ada wetland tu. ramai orang kat situ. family2, student uitm.
awalnya xsangka pulak org ramaisbb weekdays.tp dah smpai, so redah ja.
at first, dalam 1km aku boleh tahan lagi. tapi bila nak dekat 2km, kaki dah mula nak menyerah
muka dah panas, peluh dah menitik
tapi bulan keep giving me spirit, ikutkan hati, nak ja stop dan jalan.
tengs bulan, i think i'll need that kind of action for the future.
having u by my side to make me strong :)

Alhamdulillah , after about 1/2 an hour, i did it ! we did it ! hooray ! *mcm dora*
2.8 km non-stop after monthsss with no work-out .
proud of my self, hehe
this is our first time jogging together and looking forward for next meeting there. :)

tengok ! i wore src shirt . hee

last night we watched final euro together, also our first time :)

June 29, 2012

trip to Temasik aka Singapura


assalamualaikum.
terasa hebat hari ni sebab berjaya mengupdate beloggg yg dah macam kesian xdak entry baru.hoho
banyak benda yang jadi few weeks ago tapi xsempat nak catat semua.
semua sebab kemalasan, kesuntukan, ketidakkesempatanan.banyak lagilah kekangan.*pakar bm*

satu benda yang aku rasa nak story hari ni pasal aku punya 1 day trip ke singapura.
dah 4tahun lebih stay dekat johor, lalu lalang dekat situ boleh nampak singapura dekat seberang tapi xpernah jejak kaki dekat situ.
makanya, dah buat wishlist sebelum tinggalkan utm.
salah satunya nak travel ke singapore sendiri. xnak ikut mana2 agent.
kalau ikutkan belambak trip tiap2 minggu dekat utm tu yang bawak g singapore
tapi aku ada pernah cakap dengan tqa xnak ikut trip macam tu sebab nanti terikat dengan jadual segala.
kena ikut ja mana yang depan nak g. xbest dan xbebas.dia pun sama, nak travel sndri.

kami 4 orang saja yang g. aku, tqa , bibie dengan az.
patutnya ada lagi tapi masing2 ada hal, so tinggal kami 4 orang ja.
disebabkan dah tgh bulanwaktu tu n hujung sem. masing2 mmg poket kering
kami budget rm50/person. dapat $20.
lepastu prepare $8 untuk apa2 emergency.
makanan semua kami bawak sendiri saja.so, jimat. kat sana mahal kan.
tapi km ada jugak beli air sebab bawak sikit sja.air mineral pun dah rm2lebih.

not bad la, tqa awal2 dah study dah jalan n tempat2 yang kena pergi.
tu mmg kelebihan dia, sbb tu dia dapat kerja planning engineer,hee
aku mmg tingtong kalau tgk map.
uss confirm la xmasuk. lari bdget la kalau masuk.haha
km g sentosa, chinatown,lagi mana eh. xingat sgt nama tempat.

passport semua xperlu nak risau dah sebab dah buat masa nak g bandung hari tu
so xpayah nak dapatkan border pass semua tu.
penat jalan sampai sakit kaki.
tapi happy sebab dapaty travel sesama.next target, uss kalau dah ada duit nanti. haha

gonna miss those moments. walaupun sehari saja tapi puas dan perasaan ada kat malaysia tetap lagi best.
aku rasa sebab budget kot, so semua barang terasa mahal.haha
xdak gambar sebab semua dekat tqa, aku xsempat ambik pun.

June 14, 2012

officially ♥ 1

Assalamualaikum. yeah, i'm done with my final exam, heee !
officially done 11.15 am tadi
final exam aku ada 3 paper shaja, 2 paper hari isnin lepas, dan tadi 1 paper.
penat menghentam untuk last paper tadi sebab mmg xingat banyak benda dan xstudy benda tu pun,haha.
tapi xpala, redha ja.

1 benda lagi yang xpenah penah jadi kat aku
aku masih ada 1 lagi test untuk subjek non point source pollution
final exam dah habis tapi tets belum lagi.apakah?
tapi paper tu nt 18hb. so aku nak qadha balik waktu tidur aku,hehe

Alahamdulillah syukur dah lepas semua paper
harap2 xdak apa masalah berkaitan dah after this.
harap2 semua urusan aku berjalan lancar.
sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancang :)

June 3, 2012

selamat pengantin baru

Assalamualaikum

sebelum cerita ni jadi lagi basi, baik aku cepat2 buat entry.hee
last weekend aku ada attend dua kenduri kahwin. dua2 kenduri senior kelab SRC.
sempat kenal sebelum diorang grad.
Nadia dan Hadi.
tu masing2 ada pasangan okay. bukannya first pasangan tu,hihi
nadia & bob   -     Hadi & Ila(aku xsure nama penuh, but bukan aku,haha)

xsempat buat entry panjang
semoga ikatan yang dijalin kekal sampai syurga.
bahagia dunia dan akhirat. cepat2 dapat baby. hee

nadia comel gila dengan baju pengntin warna gold tu, suami pulak mmg slumber ja.
hadi , wah2, nmpk makeupnya,haha.wife dia cantikkk. lesung pipit gila dalam, jeles !

 ni ahli2 kelab src. ramai. tapi lagi ramai sebenarnya. mmg best kalau ada kenduri2, meriah ja :)
walaupun aku dah lama xjoin event kelab tapi bila jmpa2 cmni best jugak.
yg gambar atas ni kenduri nadia di JB :)

yang ni kenduri hadi di kajang :)

ni ada sikit gambar2 yang aku amik dekat src crew pnya fb :)

May 30, 2012

flaming steamboat with love

assalamualaikum

disebabkan sekarang tengah mood lapar, so aku nak buat entry sal makanan la
nak cerita pasal flaming steamboat yang sedap dan sangat memuaskan hati.
bulan yang bawak aku makan kat sini
dah lama teringin nak makan kat sini, dlu plan dengan mida tapi last2 tukar tempat.
disebabkan bulan pun teringin nak try, aku pun setuju sebab aku memang suka maratah seafood

budget untuk seorang xsampai rm30 pun
boleh makan apa saja dan sebanyak mana yang boleh macam biasa
tapi masa aku g, dia limit 2jam,maybe sebab weekend kot.
sedikit kecewa sebab masa aku g, aku ada health problem yg diarrhea seminggu tu, so aku makan kena beringat, xboleh nak over sangat,huu
bulan pulak, aku memang xpuas hati sbb dia makan bebola ja, tu pun sikit gilaa,mcm xberbaloi
nasib baik dia bawak aku, makanya jadi berbaloi kembali,haha

awalnya nak makan yang dekat sunway, tapi bila dah g, parking mcm agak susah
pastu bulan cakap yang dekat shah alam lagi bersih, aku pun ikutkan saja.

nak lagi pleaseeee. nak makan waktu aku sihat, barulah boleh try semua.
lbulan, jom p lagi please, hehe.


 ni bahagian tengah, ada sayur2, macam2 cili pastu apa tah lagi.xdak gambar bahagian seafood sebab aku malu gigihnak bangun ambil gambar,haha

 bulan take this for me. heee ^^ . wlaupun rasa xseindah rupa tapi gumbira sebab bulan yg bagi.haha

haaa.... gigih kan. fokusss

May 25, 2012

diarrhea yang melampau

assalamualaikum

finally cerita pasal aku punya diarrhea tercatat jugak kat sini. dalam masa xsampai sebulan, aku terkena cirit birit  2x. ya Allah, xboleh nak describe macam mana aku rasa, samala bila senggugut. sakit yang amat.

1st aku kena masa dekat bandung. aku ada tersalah makan atau minum kot. aku xsure sangat tapi aku sorang ja yang terkena. bernasib baik sebab dah hari hujung2 aku terkena tapi memang xbestla, nak jalan pun kena fikir kalau nak membuang tetiba nanti cemana. kat atas flight nanti cemana. sampai stress. dah balik msia pun sambung sakit. nak pergi jalan2 pun perlu cari tempat yang ada toilet so that bila rasa boleh cepat2 g toilet. macam2 ubat aku ambil2 mmg xdak effect. seminggu tanggung semua tu.
ubat inbo, ubat msia,ubat klinik u, smua aku ambil. last2 aku g klinik luar, dr ckp aku gastrik. lepas aku ambil ubat tu for few days, alhamdulillah sihat.

and now. aku terkena lagi. ni lagi dasyat dan tetiba. dalam pukul11 pg smlm,lepas breakfast, aku sakit perut. bila dah balik tpilet, perut aku pedih gila sampai dah tahan, aku decide g klinik u.sblm g klinik, aku muntah.dah smpai klinik, aku crit lai then muntah lagi sementara nak tggu giliran.aku request dr nurul sbb puas hati dgn layanan dia. dia cakap aku kena masuk air sbb aku xboleh mnum air, nnti aku muntah lagi.kena masuk air 2botol. aku stay dekat ward dari pukul12-5.dapat mc dua hari.kena pantang makan.
time tgh masuk air tu pun kena makan ubat jugak. 2x sbb 1st mkn aku muntah keluar balik smua ubat pastu makan lagi, muntah lagi.

buat masa sekarang aku rasa aku dah better sebab weekend ni ada dua kenduri kahwin nak kena attend. sabtu dan ahad. aku dah terbayang makanan sedap2, janganlah buat hal lagiii T_T
semoga sakit aku ni adalah kifarah dosa, dapatlah kurangkan dosa2 aku, amin..


May 23, 2012

Surprise ♥ 2

i should post this few weeks ago actually. samala mcm post2 yang lain.
tapi biasalah sekarang, kekangan masa.

i got another surprise from bulan masa bulan jemput dekat airport.

few weeks before aku bertolak g bandung, dia ada cakap ada surprise untuk aku bila balik dari bandung, tapi bila dia datang amik aku, melenggang ja, aku xrasa apa2 sbb dah lupa dia ada bgatw smua tu, HAHa
dialah jadi mangsa bawak beg aku yg 10kilo lebih tu.
bila otw hantar aku balik, dia bising2 mengadu nak terkencing sangat2.
kat depan sikit ada rnr, aku suruhla berhenti tapi bila dah masuk lorong, xpergi pulak pkcik ni ke toilet.
dah jauh sikit dari rnr tetiba stopkan kereta lagi
lepastu dia turun and buka bonet. aku malas tanya sebab ingatkan dia ada hal apa2 sal keta tu.
bila dia masuk balik, dia bawak sejambak bunga ros  ! argghhhhh
terkezut tergamam kejap. dahla besar, banyak. never expect dia akan jadi seromantik itu,haha
sebab aku rasa most of lelaki yang aku kenal. kalau bab2 nak beli bunga, nak pergi kedai bunga, and apa2 yang berkaitanlah, mesti malu2.

kereta yang memang sejuk dengan aircond tu tetiba aku rasa panas nak berpeluh,haha
sebab terkejut and of course terharuuuuu.
jakun sebab 1st time dapat bunga dari lelaki special,haha.
tengs sayang. i heart u :)



May 22, 2012

selamat hari lahir mak

assalamualaikum.

yup. patutnya aku post entry ni 19hb May lepas tapi aku dah terlepas sebab aku berada di luar kawasan pada tarikh tersebut. laptop kakak aku pulak mengada block apa ntah, nak buka blog2 pun xboleh.

okay, straight the point, tarikh tu merupakan hari lahir insan terpenting dalam hidup aku.
tanpa insan ni, means xdala aku kat dunia ni. of course MAK aku.

Mak, anak mak ni nak wish selamat hari lahir untuk mak. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak, panjangkan umur mak. terima kasih untuk semua pengorbanan dan kasih sayang mak selama ni which i can see it clearly. harap mak ampunkan salah silap anak mak ni dan doakan kejayaan dia di dunia dan akhirat.
i love u so much mak ! :')

ada iras x? haha

May 15, 2012

trip to bandung ♥ 3

assalamualaikum

this will be the last part of my story on our trip to bandung.
 hari selepas kami melawat ITB, besoknya kami melawat kilang vaccine, Biofarma.
not bad layanan kat sini, ada orang layan, process engineer kat situ siap cerita satu2 process kat situ smpai aku rasa amboi, detailnya dia bgtaw,. terus rasa macam bagusnya, dia xdak nak kedekut ilmu, semua share.
dapat saguhati dan makanan yang penting, hehe
dapat jugak melawat kilang dia kat sana, memang besar gila.lenguhhh jalan -__-"
cik tini sbg pengarah  bagi speech :)





kat situ pun ada musium dia jugak. bangunan kilang tu yang lama, dia letak barang2 yang guna untuk buat vaccine dulu, menarik.


hari yang tinggal, kami pergi Pasar Baru lagi sebab semua orang belum puas membeli dan belum sempat beli semua barang,haha. shopping saja. memang banyak duit habis dekat situ ja.hewhew

hari last, tempat yang macam wajib pergi jugaklah kalau ke bandung orang cakap. kami g Kartika Sari. tempat yang jual macam2 jenis brownies, kek2 lain pun ada jugak. kalau dalam plan asal, Amanda pun kami g jugak tapi disebabkan lebih kurang ja, kami xjadi g. aku beli 4 kotak,hewhew.



lepas dah sudah shopping brownies kat Kartika Sari, guide kami bawak g Transtudio. tempat ni macam genting camtu la. pastu ada mall yang macam tempat orang kaya shopping,haha.kami xmasuk pun transtudia tu sebab ada masa kat situ dalam sejam ja. so ambil gambar kat luar2 tu ja,hehe. risiko pun tinggi jugak kalau main benda alah ni, dahla kat negara orang.


kedai barang outdoor . borong jugak kat sini 



maka bergeraklah kami ke airport. flight pukul 8.30, kami gerak awal sebab takut jalan jam. tiket tu buat aku confius sebab masa gerak dia ikut jam indo, masa sampai dia ikut jam malaysia.dalam pukul 11.30 waktu malaysia, kami selamat sampai ke tanah air :)

benda first aku buat bila sampai, pergi toiletttttt ! aku cirit birit. nasib baik dalam flight perut xbuat hal -___-
lepastu senyum lebar sebab dari jauh nampak bulan tengah tunggu :)

sekian cerita bandung kami. :) ni first time pergi oversea sebenarnya.tu pun indo ja. tapi the experiences we got is priceless. gonna miss all the sweet moments together with all of them ! sayang semua :')

May 4, 2012

trip to bandung ♥ 2

let the pictures do the talks more than i did okay? hee
sebab kerajinan is not propotional to kelapangan masa. ouch

 ni masa makan kat restoran De Cost. dalam banyak2, kat sini yang aku paling suka sebab sedap la jugak dengan xmahal mana pun. ni kongsi2, telur dadar seafood belum sampai waktu ni. besar, sedap dia punya telur dadar. cappucino blended pun murah. budget kami untuk makan setiap hari RM30 sorang.


 yang ni pulak kat pasar baru. tempat shopping barang2 murah. ada luar dan dalam, tapi kami ramai yg xkeluar sebab xberani dan xsempat pun, dalam ada 7 tingkat. dia punya location escalator tu buat aku bengang sikit sebab jauh2 dan xsistematik. kalau dh naik, nak cari yang trun punya, punyala jauh.hanginnn.kalau lif pulak, tunggu 10mnit blom tentu dapat naik, ramai sangat. pasar baru ni buka 10am till 5pm saja.
 Ni air rasmi kami. kalau baru jejak kaki kat sana, orang nasihat jangan terus minum air biasa kat kedai2, takot nanti kena diarrhea . like aku ! so most of the time kalau nak order untuk minum, order air aqua saja.murah dan selamat.

ni dekat restoran The Paradise. okayla kat sini. tempat okay, servis pun okay.selesa. tapi cuminya keras ya pak, haha. boleh patah gigi, hihi


excited sebab berjaya lompat tapi xkelihatan kurang sopan, hee. sini namanya Kawah Putih. tempat ni sejuk.asalnya aku bawak pashmina tu sebab dah taw sana sejuk tapi disebabkan ada bau sulphur, aku pakai jadi macam purdah tu sebab aku xbeli pnutup mulut tu. Mas Hendra cakap aku pakai cadar. semua dok nganjing aku pakai cadar. dah lama baru tanya, kalau kat Indo, cadar tu maksudnya purdah la, haha.


gambar pun dah kurang nampak sebab kabus makin tebal. awal kami sampai tu memang boleh nmpak lagi, clear ja.tetiba pulak kabus penuh.masing2 kena tutup hidung :)




 datang sini petik strawberry. satu bakul penuh tu dalam rm10.manis, sedap. dah balik hotel pun still manis lagi.kat sini produce dodol,kerepek strawberry jugak. ada 1 scene kat sini, ibu yg jual kat situ suruh aku datang sini lagi bila dah pregnant nanti, datang dengan suami,haha. tergamam jap aku.


yang ni panggil angkut. boleh dikatakan ni public transport kat sana. tapi kami jarang naik sebab kami guna van. yang ni paling murah kalau xsilap. kekadang, klu dalam angkut ni, bila bhenti jam or trfic light, nanti ada budak ola mostly datang nynyi2 or buat apa ja , so kena hulur2 duit jugakla.


ni kat depan pintu masuk ITB(Institut Teknologi Bandung). kami ada program kat sini for two days. hari pertama jalan2 kat situ, jumpa students, dengan sedikit taklimat. second day kami masuk kelas. saja nak rasa macam mana suasana kat sana. tapi ya ampun, aku xfaham apa2, bahasa indonesia yang lecturer guna jarang sanagt dengar. yang kami masuk tu lebih kurang subject organic chemistry. tapi quite a good experiences. aku perasan dia banyak puji Tun Mahathir :)


yang ni menarik perhatian aku. first time tengok memang gelak, tapi bagusla dia buat macam ni. yang aku tertarik tu dengan ayat. hee :)



okayyy. enough for now, nanti sambung lagi !



April 20, 2012

trip to bandung ♥1

assalamualaikum.

disebabkan malam ni aku malas nak buat apa2,semua orang ada discussion pd n ada yang ada test. so decide nak update sal trip aku ke bandung.


ni kami semua. puteri2 :)

trip ni involve 12 orang termasuk dr noraini, lecturer km. at first 15 org tp ada yg tarik diri atas sebab2 tertentu,hee. trip km 6 hari. lama kan. sampai naik rindu kat malaysia,haha.padahal xjauh mana pun.
kami bertolak 7hb malam dari lcct, balik malaysia 13hb malam.


airport Bandung

kami stay dekat Hotel Bukit Dago. bolehla dengan servis hotel ni walaupun aku asyik call receptionist.haha. aku ni banyak songeh.biarlah, dah aku bayar, mestila aku nak semua okayyyyyyy sajo.hotel ni ada sediakan kupon untuk breakfast, so pagi2 xyah risau  bab makan dah.
harus diingatkan, air di sana qualitynya kurang elok. makanya, awal2 dah dipesan jgn mnum air kat kedai, mnum air botol ja, air aqua, means air mineral tu ja. kuah2 makanan pun bahaya jugak. tapi kalau g restoran yg cam okay n bersih baru berani order jus smua tu.

dalam bilik Hotel Bukit Dago


1st day- kami g tangkuban perahu. tempat ni yg bekas kawasan gunung berapi tu. bau kat situ kurang sedap sikit . bau sulphur. agak sejuk jugak,tapi disebabkan time tu ada matahari, boleh lagi tahan. cantik kat situ, excited sebab first time tgk. lepas tu kami g salah satu trademark bandung jugak. Factory Outlet Rumah Mode.
harga2 barang kat situ lebih kurang malaysia ja aku rasa. harga pun lebih kurg mcm kat padini. so aku xbeli apa2 pun.ambik gambar ja banyak kat luar tu, hehe

Rumah Mode

eh eh, tqa, tingginya aku  :P

2nd day- waahhh. ini dia hari yang banyak duit terlabur sebab kami g Pasar Baru. kat sini la barang murah2(kalau pandai cari dan tawarmenawar) . 7 tingkat kot. mmg xhabis sehari kat sini.pasr baru ni buka dr pukul 10 sampai 5petang saja. pkul 6 kat bandung dah gelap mcm pkul 9.awal2 sampai blur xtaw nak beli apa, nak cari apa sbb terlampau bnyak kedai.aku ni malas sikit nak membeli kalau crowded sgt tapi bila masa pulak xcrowded, haha.kat sini scary sikit, beg kna jaga betul2. aku jadi rimas dan takut  bila ada org dok ikut sruh beli brg depa.pandai2 la jaga diri.




Tangkuban Perahu

 ni ada sikit gambar, malas nak letak bnyak2, hehe. dah penat update, nt la update lagi :)

April 17, 2012

Surprise ♥ 1

6th April 2012

how do you feel if you are in this situation.

i had a plan to go out with someone yang dah 2bulan xjumpa.perkara biasa, kalau dah malam mestila nak makan kan tapi uruskan benda2 lain dulu.go to money exchanger,hair saloon. if u r not someone yang easy to be familiar with a place, makanya nak ingat jalan and semua tempat tu memang harapan la kan,jadi mak turut ja. dah settle semua, time to eat !

he told me that we are going to eat nasi ayam sedap. dia dah pernah try makan dengan member.tapi still perlu guna gps sbb bukan dulu tu member dia yang drive. dia cakap pulak, dia dah save location tempat tu.aku ni mmg percaya habis dah. tapi punya la lama nak sampai tempat tu,dalam kl pulak,jam tu mmg haruslah.
aku dah siap merajuk bagai sebab dia fokus dengan gps, aku cakap xlayan. macam nak amik fon tu baling jaaa.tp xdak duit nak ganti, makanya senyap ja.

jadi lagi tegang bila batery phone 0%.aku yes sebab dia xyah nak fokus kat benda lain lagi. hewhewhew.dah berdekad stay dalam kereta. dua2 orang terpaksa guna kuasa mata sendiri cari kedai fon sbb dia nak beli charger.tetiba ternampak satu stall kecik tepi jalan yang ramai orang. then dia cakap tu la kedai BURGER KAW KAW. tu la tempat yang dia nak bawak aku makan.

awalnya aku "ow,," ja sbb blom sedar then ttba tersedar.whattttt??? tadi cakap nasi ayam ! mata aku mmg dok cari ja mana kedai nasi ayam. aku terkena rupanya -_____-"
aku pernah bagitaw dia aku teringin nak rasa burger tu, ada baca kat blog.

walaupun tension kena tipu kaw kaw tapi terharuuuuuu. tengs bulan ! :')


ni number kami. tunggu lebih sejam jugak. minum2 kat kedai mamak tepi tu dulu. dapat burger dah dekat pukul 12 dah. so kami berkelah kat hentian plus ja,hee.
ditemani cahaya lampu jalan yang ala2 cahaya bulan, acehhhh.haha

March 22, 2012

entry kesihatan. kalau nak bertambah sihat, sila baca. hee ^^

assalamualaikum..

nak buat pengumuman yang sekarang ni saya ada jual virgin coconut oil keluaran CATALYST. sebelum ni saya ada guna jugak produk ni, alhamdulillah berkesan untuk sesetengah problem yang saya ada.
lagi bertambah yakin untuk jual produk ni lepas masuk kelas phytochemical.
Prof Ramlan(Pengarah Institute of BioProduct Development) pun sarankan amalkan minyak kelapa dara ni
xkisahla kita sakit or tak, vco mmg baik untuk dalaman kita
prevention is better than cure kan :)
insyaAllah..

jangan risau sebab product ni 100%pure virgin coconut oil, so xda addition other chemical
sesapa yang nak dapatkan info,try dan amalkan boleh contact saya

facebook : iela alias
twitter : ielalias

dont worry, i'll give you the best price :)
buy more than one boleh dapat harga best jugak. jom sihat !

this is some of the benefits :

Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
Melindungi tubuh daripada kanser.
Jerawat cepat susut
Regular semula PMS anda
Sistem penghadaman lebih baik

Kesuburan
Mengurangkan minyak up to 70%
Kurangkan rasa senggugut
Batuk dan Selsema cepat hilang
Mengurangkan tidur berdengkur





VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel. Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan . VCO softgel paling laris sebab senang nak telan dan boleh apply ke whole face. Means if beli VCO ni memang tak rugi sebab boleh digunakan secara 2 in 1. Kalau VCO yang liquid tu memang tak ramai yang sanggup beli sebab tak tahan dengan bau dan rasa dia. Kalau soft gel ni memang takda bau apa2 pon :) Telan dan ngap ngap ja terus! :)

March 21, 2012

congratulation tett !

yeah, tet, abag used to call her that, dont know why, lekat smpai sekarang tapi aku jarang paggil tu
she's my only lil sis.
hari ni keluar result spm, semua orang pun taw kan, adik aku pun one of the candidates

semalam aku dah masej dia cakap gus luck, tawakal, redha segala
tadi pagi semangat masej lagi tnya dapat berapa tapi dia xlayan
last2 aku call, boleh dengar suara dia tengah nangis2
and she told me her result
terus aku cakap congrate and aku pun sebak2, menangis sekali
she always call herself bodoh la and whatsoever,xdapat A la, xboleh nak smbg stdy la
from the beginning i know u can ! and now u proved it,
but now, i know she got the spirit with her result
biarlah xstraight A's cam orang lain pun, tu pun dah beyond expectation
Alhamdulillah

few minutes lepas tu, mak pulak call,
mak nak suruh teka result adik aku, then aku cakapla dah call
mak happy gilaaaaaa,aku dapat rasa, mak pun dah nak nangis
lagi la aku sebak, makanya, kenduri kesyukuran xlama lagi :)

Tahniah once again ! :D i lebiuuu

March 12, 2012

how i wish ♥ 1

how i wish that i have money so that i can buy my new perfume.
this month i really2 have to save some money, so really have to control my expenses
cannot spend on something expensive or not really important

my current perfume had been used up so i decided/need to buy a new one
i found 1 perfume which the smell makes me really wanna use it, same as the DKNY apple
but this time , it's a rose sense
usually, anything that base on rose will give quite a 'hard' smell but not for this one

 i want this PAUL SMITH ROSE perfume !
someone please buy for me #berangan birthday dah lepas padahal.
T_T

March 9, 2012

cara masak mee maggi yg "sihat"

yeah, sebab pasai apa word sihat tu kena quote?
sebab sihat xsihat sangat la kan kalau makan maggi tu tapi yang aku nak share ni untuk nak kurangkan negatif-negatif elemen yang ada dalam maggi tu la.
normal la, kadang2 aku sendiri xdapat nak tahan nafsu nak makan maggi tapi xla selalu
yang xmakan langsung memang aku respect.
so, boleh la guna cara ni if nak masak maggi.

xdak la aku nak cakap masukkan 1 sudu vitamin segala tu,hihi
senang ja yang aku nak bagitaw ni. orang lain maybe ramai yang dah taw
aku pun macam pernah dengar jugak before ni tapi xdak further explaination so aku ignore ja

so the tip is !

buat macam masak maggi goreng.
korang rebus mee tu dulu kan, lepas tu toskan maggi tu kan, means buang air tadi tu
tos macam ni lepastu masuk dalam air yang baru ya kawan2 -_-

credit  : google image

jadinya, kalau masak mee maggi yang berkuah tu, korang kena tukar air tu, masukkan air yang baru untuk jadi kuah.
sebabnya, mee yang awalnya keras tadi tu ada chemical yang macam wax tu yang nak make sure mee tu keras and xrosak.
makanya, air yang first boil tadi tu dah remove chemical tu menyebabkan air tu dah xelok.

aku dah lama xmakan maggi, malam ni teringin pulak nak makan
jom practice masak guna cara ni start sekarang  !
tapi kalau dapat practice xmakan langsung lg bagus,hihi


#credit to phytochemical class :D

March 4, 2012

weekend !

assalamualaikum

weekend without my specky and lovely roomate. sunyiii. 
this is the first time kami xg hiking sama2.
at first, aku decide nak g jugak, siap g meeting segala.
tetiba ubah fikiran sebab aku baru recover from demam dan slsema,
batuk pulak x fully recovered lagi.so, to be safe, lebih baik aku xpayah g, nanti susahkan orang lain ja
lagipun hiking pukul 2pagi sbb nak tgk sunrise,sejuk masa tu,better aku xambil risiko.

xnak sia2kan weekend ni, so dah plan untuk siapkan apa yang patut.
enjoyed myself dengan xtvt memasak. semalam masak tomyam best yg pekat dan pedas, malam pulak, nasi goreng best. harini masak moi yang best jugak.xboleh bhenti makan.
buat sup ayam, kangkung grg, telur masin,ikan bilis, bwg grg. to be short, mmg sedap semuanyaa!

basuh apa yang patut, kemas meja, kemas katil, tukar cadar
my time is full house. dah rasa macam suri rumah dah ni.
semalam pulak effa buatkan facial treatment.
best gilo sampai tertido dah aku.hihi

kejap ja bertahan ni, malam ni kena lenyek la katil ni

March 2, 2012

walaupun dan tapi

assalamualaikum

 "walaupun" part

this sem will be my last sem if everything goes well. amin. tapi redha la kalau bukan rezeki, takut nak terlampau mengaharap. this sem jugak, kelas aku kebanyakan hari selasa dengan khmis saja.tapi xda la pack sgt aku rasa,sempat jugak rehat2 setakat ni, mybe sbb design belum start sgt kot. 1 lagi kelas 2jam petang jumaat . tu pun terpaksa sbb jadual smua org clash, xley nak masuk dlm selasa o khamis.means, kelas aku 3hari ja.xnak drop n take other course sbb xdak semua kelas aku rasa okay setakat ni,yg lain mcm lagi susah ja.

"tapi" part

aku dah boleh rasa bahang plant design yang khabarnya lagi dasyat dari psm.hari ni hari first jumpa advisor,Dr Mimi. she's okay,baik sangat,aku dah pernah kelas dia masa subjek process control. tapi dalam hal2 yang serius macam ni,dia mesti strict dan aku rasa expectation dia must be high. seriusly, aku takut....harap2, aku boleh tempuh semua tu sebaik mungkin,amin. kalau orang lain boleh, insyaAllah aku pun boleh kan. Allah maha Mengetahui ^^



if you feel that you are very down , just close your eyes and say,
" This is my journey,He puts me here, it's His plan, so I have just to carry on and trust Him"

source : tumblr

February 29, 2012

wordless wednesday ♥ 10 appreciate


source : tumblr


p/s : it's 29 feb ! leap year. just realized after read anna's blog. -__-"

February 28, 2012

12 ♥ 02 ♥ 12 : bertandang

assalamualaikum

tarikh kat atas tu pun special sebab ada orang datang bertandang. bukan datang bertandang yang kahwin2 tu la yang pastinya. tapi tuan punya lolo datang kedah for the first time. dia dah datang few days awal atas sebab kena hantar kerja dekat kedah tapi sekejap ja. at first, dia sendiri xtahu kena hantar dekat mana.last2, stay dekat sungai petani which is sejam lebih jugak kalau dari tempat aku.

makanya, xmenyimpan hasrat la nak ketemu. aku xpernah drive sampai ke sungai petani dan dah lama xpergi sana pun,lalu masa naik bas balik kedah ada la. kecewa la jugak sikit2,haha. out of the blue, hari ahad tu dia cakap he's coming to my place. biar betul budak ni. dahla first time datang kedah,transport pun xdak. rupanya dia dah intvw kawan dia macam mana nak datang tempat aku dengan naik bas.

bila dia sampai steyen bas, aku hantar mak dulu pergi rumah mak njang,xjauh pun dah dengan stesyen bas, then jemput dia. its like a dream bila dia ada depan aku, dekat kedah pulak tu. tuan lolo kena paksa drive sebab aku memang xsuka drive,kalau passenger dia opposite jantina dengan aku.tapi kesiannya aku dekat dia sebab asik termati enjin saja kalau berhenti,hhehe. sorila, sebab sesapa yg xpernah drive kereta abah aku, awal2 mmg akan mati enjin. maacam aku dulu, wajib setiap traffic light, mati enjin,haha. jadi terpaksala aku buang ketepi ketidakselesaan aku tu .

menjadi kerisauan aku jugak, bila aku blurr xtaw nak bawak dia jalan ke mana. aku xtaw apa tempat yang best. mana 1 yang patut bawak. kedah panas masa tu, mmg xla kalau nak pilih menara segala tu. sebelum start jalan, aku bawak dia lunch dulu. surprisingly,spnjg aku kenal dia,xpernah dia kenyang dgn seketul ayam,tetiba hari tuuu.haha.

guess what ! finally aku decide nak bawak dia pergi muzium padi. aku pun memang teringin nak pergi lama dah tapi xtaw nak ajak sapa, so deal ! hehe. cantik lukisan dalam muzium tu.lama kami kat sana. aku asyik tergelak sebab xpasal2 melawat muzium.nak pergi tmn rekreasi gunung keriang tapi cncel sbb lalu situ mcm xbest ja. lepastu aku bawak dia g 1 mall kat jitra then bawak jalan g tasik darulaman. lepastu aku hantar dia kat stesyen bas, ambil bas balik sungai petani. how fast masa berjalan.

tumblr


# although we spent only few hours, and the places we went is just like main hentam saja, but we had a good and quality time together and we enjoyed ! ;)

# the funny part is, terpaksa guna gps untuk bergerak masa awal2 tu sebab aku xtaw jalan. HAHA.nasib baik orang tu guna estuuuu sII kan !untunglaa ;P memang bab2 jalan aku lemah banyak.mengaku.. :(

# i got 1 more birthday present ! arigato

February 24, 2012

04 ♥ 02 ♥ 2012

assalamualaikum

seperti yg telah disebut di dalam entry yg sebelum ni, aku telah mengajak sapit, anis, zati, dan dayah keluar jimba2 sebab weekend tu semua ada dan aku free #tetibarasageli
xsengaja pilih tarikh tu sebab xsedar hari yg aku pilih tu my birthday.

aku yg drive hari tu sebab kereta abah available
aku ajak lepak tasik ja sebab masa tu dah petang
anis ada masej orang lain yg dia ada number tapi rozaidi mad di dengan mat lah azahari dengan wife dia ja yg sempat datang.
dayah pulak kononya xjadi join.erk

tengah2 dok makan2, sembang2, tetiba dayah datang dengan sebiji kek comel
ada surprise rupanya sempena bufday aku, sapit dengan zati. mekasih ampa semua ! syg lebih !
ingatkan surprise tu ja, rupanya ada main kotoq depa ni !
aku jadi bahan buat kek sebab kena baling telur dengan tepung. hebat

seriously , yang tu first time aku kena macam tu sejak dari sekolah rendah.
haha, xexpect lgsg ! pernah buat kat org tp diri sndri xpernah kena, tu la balasannya -_-"
tapi aku hepy ! experience yg aku mungkin xdapat dah lepas ni.
dahla weekend, mmg pack la tasik tu, aku boleh pulak dok jerit2 mcm org gila kat situ.
dah kena ligan kejar nak kena baling dgn telur , mmgla aku lari, mulut aku ni mmg susah nak control sikit.

bukan aku ja kena, keta abah pun kena.sobs
amboi, cantik bekas telur tu kan !
pic credit to dayah & anis

menyesal aku bawak keta, kalau taw, aku suruh sapit yg bawak keta
dahla abah aku guna keta malam2, nasib baik ada auto carwash tu, senang ! rm4, siap !
keta habis kena balut dgn paper sbb smua org kotoq, pastu bau telur ya ampunnn. harummm
patutla yg plan smua ni pakai tshirt biasa ja, pandai hampa kan... dush !



nwy, aku sayang ampa semua !
buat aku hepy, one of the best birthday gift untuk tahun ni. sayang ketat- ketat ! ;)