December 9, 2010

utmbloggers


Salam. utmbloggers.com telah agak lama ditubuhkan iaitu tidak sampai 2 bulan.Hehehe..lama ke? Tapi,kalau korang pernah pergi ke main site utmbloggers.com, saya pasti anda tidak rasa yang blog ini hanya baru berusia tidak sampai 2 bulan. Tahniah buat admin utmbloggers.com.Tahniah jugak kepada semua pelajar UTM khasnya kerana anda mempunyai 1 platform baru untuk bersama2 berkongsi cita rasa bersama bloggers yang lain tidak mengenal mantan, senior, junior, masters, Phd mahupun Prof. Kita semua adalah keluaran daripada UTM.1 UTM 1 Malaysia. Hahaha. Tapi perlu ingat, tidak semestinya anda adalah pelajar UTM baru dapat join blog ini. Tetapi, blog ini dibuka untuk semua bloggers di seluruh dunia.

Apa yang bestnya utmbloggers ni?

Antara benda yang saya rasa best adalah seperti menambahkan trafik dan visitor anda,anda dapat tengok tv secara online, radio secara online, download, emi( entry minggu ini) , peluang business, beli ticket online dan macam2 lagi..

Kepada yang suka mendownload, Utmbloggers.com menyediakan ruang untuk anda mendownload sebanyak mungkin yang akan diupdate dari masa ke semasa. Dari segi download pulak, pihak utmbloggers.com telah membahagikan kepada movies, majalah, e-book dan juga software.Memang menarik la..Rugi kalau nama je kaki download tapi tak singgah sini..

Bagaimana utmbloggers.com dapat menambahkan pengunjung dan trafik ke blog anda?

Senang saja..untuk makluman anda, utmbloggers.com ini menyediakan 1 segmen iaitu emi( entri minggu ini). EMi akan dipilih sendiri oleh admin bedasarkan beberapa kriteria antaraya entry tersebut mestilah menarik dan berinformasi. EMI hanya dipilih dikalangan mereka yang telah mempunyai tempat di utmbloggers bloglist. EMI juga akan copy paste enrty anda dan sambungan cerita akan disalurkan terus kepada blog anda untuk bacaan seterusnya.

Kenapa semangat sangat saya promote utmbloggers.com ni?

Pertama sekali sebab saya adalah warga utm..hehehe..yang ke 2 nya, saya telah diberi kepercayaan daripada admin utmbloggers.com untuk mempromosikan utmbloggers.com kepada seluruh Malaysia..Kalau adana merupaka UTM student, mahupun mana2 student, dan berminat unutk kongsikan maklumat ini kepada rakan anda, anda dibenarkan untuk copy paste enty ini..

Sebarang update dari pihak utmbloggers boleh layari laman sesawang nya, fan page facebook dan juga twitter.

Pihak utm bloggers ini dalam proses menambah baikkan blognya kepada satu tahap yang boleh dibanggakan.InsyAllah..saya mendoakan supaya utmbloggers.com mencapai misi dan visinya yang tersendiri.

Makluman terkini dari admin utmbloggers:

1- Ruang iklan percuma masih dibuka. Terhad kepada blog individu. Blog business digalakkan untuk menempah ruang percuma. sebarang masalah hubungi utmbloggers@gmail.com

2- Pelancarann secara rasmi akan berlangsung dalam masa terdekat.

3- Baju utmbloggers edisi pertama akan mula untuk mengambil tempahan pada pertengahan bulan ini.

4- utmbloggers button telah disediakan dan boleh diletakkan di blog anda mengikut saiz yang anda mahukan.


5- Cadangan Gathering pertama gengbloggers.com telah berjaya sampai ke pihak admin dan didalam proses peringkat terakhir.

6- sebarang aduan/cadangan boleh email terus kepada utmbloggers@gmail.com

copied from and credit to nabil potter

December 8, 2010

perut saya lapar,hati saya pun.

assalamualaikum.

sedih,saya sangat lapar.tapi terperangkap dalam rumah kat kg melayu sg buloh ni.
kakak da pergi perak sebab ada family day.yang sorang lagi pulak kerja.dia selalu balik malam.workaholic dia kata.cehh.
ok.mesti ada yang nak kata,p la masak,penyegan betoi pmpuan ni.ahaks.
tadi bila aku bangun,kak aku dah xda dah,bukan bangun lewat ye,kak aku memang bertolak awal2 pagi lagi buta tu.bila tengok fon,ada masej kak aku
"gas abih.satg ajakla amir g p beli kat kedai yang kak ila p aritu.xsempat nak p beli tadi"
erghh.sedih lagi.macammana nak makan,macammana nak masak.amir xdak kat sini.dia balik kampung.kak aku suruh p ja kat kedai tu,nt dia boleh pasangkan.ish,tanak,macam-macam aku terbayang,aku tengok kat tv sebelum ni,takot2.kalau aku memang orang sini xpala,aku mesti kenal orang tu.kak aku suruh masak ja guna rice cooker tu.tapi aku xnak jugak,nanti cepat rosak la,kalau kat hostel xpala.xpala,nanti aku try buat apa2 nak isi perot aku ni.
dahla blom isi apa2,tapi asik ulang-alik toilet plak aku ni.apakah?

saya rindu awak amir hafizudin. :(
hati saya nak tatap wajah awak.
patutnya aku keluar dengan dia.tapi out of the blue,atok dia sakit,masuk hospital,so family kena balik kampung.hope atok kamu cepat sembuh ya.jaga atok elok2.


cepat pulang.

rindu nak balik kedah jugak.
mak,cepatla mai sini.


Align Center

December 4, 2010

:: sweet 20th & sweet 21st ::

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan nanajlaa dan nsakinah..
Allah selamatkan kamu~

lalala~
happy bufday atiqah najlaa dan nurul sakinah..
mereka berdua ni roomate.
bufday pun mau dekat.
aish.haha

luv both of u!
semoga panjang umur murah rezeki yer..
amin,,
sori,no pic sbb on9 kat lptop org lain..
again,

HAPPY BIRTHDAY!!!


December 3, 2010

OMG! i'm a mother?

hai!
wuaa..da lama xon9,arini nak on9 puas2.aku sekarang kat rumah kakak aku kat sg buloh.aku stay sini sampai tengah bulan nanti kot sebab mak aku nak dtg sini nanti,so membazir ja nak ulang-alik banyak kali.
ok,memang aku rasa dah macam ibu dah since 2 hari lepas sebab aku kena jaga anak sedara aku yg sorang tu.dayana batrisya.ibu dia kerja sampai pkul10 pastu ayah dia pulak busy dengan MAHA 2010.kalau aku xda,kak aku hantar kat pengasuh ja.dah aku kat sini,boring ja sorang2,baik aku jaga dia kan.


ni la budaknya,comel kan?kan?

wah,uji kesabaran betol taw jadi ibu ni.macam2 kena buat
mandikan anak,before tu kena prepare air dulu,xkan pagi2 nak bagi anak mandi air sejuk kan
buatkan nestum untuk anak,then suapkan dia.
kena basuhkan berak anak.kes dayana ni,lepas minum @ makan,dia mesti berak :P
kena dodoikan anak sampai dia tido betol2.
anak dah tido baru boleh masak,mandi,solat,makan..
kena buat kerja cepat2 sebab takot nanti anak jaga dah xsempat.
kadang2 anak ni,kita baru ja lepas tukar lampin then nak pakai yg baru,tetiba dia kencing lagi.sabar ye
kadang2 anak lapar,xboleh tinggal sekejap pun,mesti nak nangis,kena la dukung dan buat susu sambil melayan dia di dapur.
ada jugak anak yang senang terjaga time tdo,so get ready la dengan nyanyian merdu anda supaya si manja tertidur semula.

banyak lagi kot hal2 pasal baby ni,tapi ni ja yang aku ingat dan sempat rasa.
agak mencabar sebab aku sorang2 ja,xda sapa boleh tolong.kat rumah sebelum ada jugak kena jaga budak kecik comey ni tapi ada mak@adik@kak yang tolong kalau ada apa2.tapi aku xkisah,quite a nice experience.mother ja ada,fathernya xda,hehe.
baru aku rasa,mesti susah mak ak jaga aku masa aku kecik2 dulu.terima kasih mak!

btw,last tuesday aku pergi jalan2 kat melaka dengan beliau yang saya cinta.had so much fun dengan kamu sayang!terima kasih jugak! i.l.o.v.e.u


November 27, 2010

hutan bandar #2

26-11-10,friday,kami pergi hutan bandar lagi.
sebabnya nak kwasan hijau tapi dekat,hehe
padahal utm ada ja,hak2

kita dah cuba2,try2,test2 kan tqa kan??
hehe,nnt kita cuba2,try2,test2
lagi yer..
we have so many things to learn,practice makes perfect kan :D

kali ni saya rasa nak bergambar dengan berbaju kurung, :D
gadis melayu kan kita.hehe
i enjoyed that moment my sayangs!
_bibie narhayu_atiqah najlaa_hartiny runa_atiqah zamani_nurul sakinah_






















nt kita try ag taw!

kids & baby photo contest

anis,rajin betul ye kamu maen contest2 ni lately.. nasib baik ak rajin, :P

jom join kids & baby photo contest !!


:: raya pertama kita ::

for further information on this contest, click here

saya nak tag...
tiny
azack
lina
eda
ica
anita
anna
izyan

hadiah yg munkin menjadi milik anda :

earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

selamat mencuba! :D

November 24, 2010

d o h e a r m e -


looking for something


hye!
ergh. actually i'm not in the right mood.i have to face tough subjects direct for three days.
what a happy moment if i can go through all that smoothly but it is vice versa i think. :(

p/s : oh please! i dont want to see you again next year.if you still there,i have to face you everyweek,and think about u all the time.it is okay if sometimes we have to meet each other but not as always as before.i already spent so much time on you,and i think it is enough.boyfriend i pun i xjumpa tiap2 minggu taw! u jgnla mengada lebey2. i beg u, :(

t8 note : this is about something,not someone. lol

in my mind :

♥ i want to go somewhere that can make me calm and see beautiful scene. a beach i guess!with him.



i will make origami for you,as much as i can.and i want you to watch me doing that.
i want to have a meal or smtg with you,it doesnt matter something expensive or not,as long as i can spend time with you.ice-cream will do!comot sesame
snap the pictures of that happy moment with you.
draw anything on the sand of the beach! and colour them with our smile. :)


main lukis2 camni

count our steps on the beach.



smile like this and have you by my side

credit to anna for all da pics!

♥ and of course i wanna spend my time with my sahabat tersayang!
anis,zatie,anna,sapit..wait for ila yarh!kat kedah, t kita g hangout sesama ;) miss u ols!



there are a lot more i wanna do,but all the hard moment,you have to end first. *sigh

end

November 22, 2010

u and I #2



this entry,khas untuk kamu hubby, AMIR HAFIZUDIN
congratulation for your convocation last saturday.
i am sorry because i cant be there and share ur happiness but ur family there right.
so its ok. :)
i hope,after this,u'll continue with ur effort and spirit dear.
i know how good u are with your stdy planning and everything.
i'll always support u sayang.
hope u'll always success and get what u want in your life.
2nd step start with the 1st step.
i wanna be with u until the last step.
amin.


i want these too.may i? :P
*i l o v e y o u d a m n m u c h !

November 20, 2010

anis,haa..nak tawu ngat kan..baca nih! hak2


HOW OLD ARE U?
20 thn,9 bln,17 hari. acewah,detail g2,:P

ARE U SINGLE?
nope! i'm amir's.means double.lol

AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
5 6 thn lg mybe.depends. my sis said i'll get mrried b4 her.ops!

DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW?
insyaAllah.hope so..ehehe.always pray da best thing 'll happen.

IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
kaum adam yg lain yg dpt buka pintu hati saya. :P

WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?
mak dan abah! boley x? :P


DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?
nak smua! amboi,melampau.hik2

WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?
sumwhere but not anywhere.ha,pk2. tp nak tmpt yg romantika gitu.

HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?
xtawu laa,kena tnya mak abah dulu.hik2,

WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?
jemput kot.sbb saya pun nak dijemput ke majlis mereka.hehe

HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT?
8910.boley??

WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
saya xkisah.tp kena check laporan kaji cuaca dulu. :P

NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?
lagu yg saya cipta sniri!wow!gedik.

DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?
biar bsesuaian dgn tema majlis.acewah!ikut suka ampa la, :P

CHAMPAGNE OR RED WINE?
ribena mobile ^_^

HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
right after pliz!hak2

MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
both! org tamak selalu rugi. :P.bukan selalu.boley la ea..?

HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?
saya nak 4,mean 2 pasang.

WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
kenangan kita b2,akanku record dlm minda saya.so,faham2la,hehe

WHOSE WEDDING PLAN U WOULD LIKE TO KNOW NEXT?
anna . boleylaa fana..hehe



:: tgk je ::

* bila tah dapat kawen kalau sebegini demand.hehe. gn risau,saya rasional orangnya.. :P

November 15, 2010

_this is my family_

tadaa!
ni la wajah2 dalam keluarga saya.

Father : Alias bin Md Nor @ abah

Mother : Rusna binti Rejab @ mak

Siblings include me : Fajjida @ kak ida
: Fakihah @ kak teh
: Fadila
: Fikri @ abang
: Farahani @ tet
: Fadzil Sabri dia ja yg ada 2 nama @ ajin

Brother-in-law : Abdul Rahim bin Hassan @ abg rahim

Niece : Dayana Batrisya @ batrisya


dari kiri _fadzil sabri,fajjida,saya,pn rusna,fakihah,en alias,abd rahim w dayana batrisya



fikri _ farahani

special sket!ehehe
fadila together with abah and mak.i love both of you.muah!




actually,saya ada lagi dua orang kakak kembar,tapi Allah lagi sayang mereka,dah meninggal since baby lagi.

*amir hafizudin,kamu bila lagi? :P mode : gatai
*ada baka kembar dlm family ni,hehe,ada chance la kan. :P

November 14, 2010

_blog award_

nga bosan lepas habis second paper final exam.xready nak stdy untk next paper lagi,so ak buat la benda alah ni lepas agak lama la ditagged oleh anis,hehe,sowi late.malas na taip.. :P



1. nailofarhazirah.blogspot.com di mata kalian ? (belum tengok? sila blogwalking!)
comey,buat saya waiting for the next en3 :P

2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu ?
diarielalias
gabungan diari+iela+alias.mean,diari saya lah

3. URL blog anda dan dari mana dapat idea untuk letak url tu ?
diarielalias.blogspot.com
sebab sama dgn nama blog saya.-tiru anis.hehe

4. apakah method dalam penulisan blog anda ?
melepaskan rasa hati dan apa saja.ni kan my revealed diary

5. apakah perasaan anda bila lihat blog orang lain cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak ? (kadang2 blog sendiri pun cantik tapi merendah diri)
teringin nak mencantikkan jugak tapi sllu xda idea.

6. bila blog anda diwujudkan ?
pertengahan tahun 2010

7. siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda ?
tiny kot :)

8. sila tag 5 nama lain untuk menerima award tersebut dan forwardkan syarat2 ini..
azack _ tiny _ zaty _ lina _ sapa2 saja

nak buat tag,ikut rules ni ea.. ^.^

1. diarielalias.blogspot.com di mata kalian ? (belum tengok? sila blogwalking!)
2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu ?
3. URL blog anda dan dari mana dapat idea untuk letak url tu ?
4. apakah method dalam penulisan blog anda ?
5. apakah perasaan anda bila lihat blog orang lain cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak ? (kadang2 blog sendiri pun cantik tapi merendah diri)
6. bila blog anda diwujudkan ?
7. siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda ?
8. sila tag 5 nama lain untuk menerima award tersebut dan forwardkan syarat2 ini..

dats ol! :)

November 13, 2010

Dayana Batrisya bt Abdul Rahim #2








*for now,en3 pic n ayat sket2 je. ^_^
*really miss her.so kena la balik raya.ting!

November 11, 2010

:: bila kau rindukan aku,pejamkan matamu,rasakan AKU ::


*cantik tarikh hari ni,tahun depan lagi cantik!
*

*

November 4, 2010

Transition kot.

owh,after years,finally aku dah tukar haircut aku.
memang dari dulu aku xsuka nak fashionkan rambut aku ni,

potong bagi sama ja kat bawah tu and ponny.

tetiba semalam rasa nak potong rambut and style kan sikit.sikit ja pun

but at least ada perubahan laa.ahaks.

ni first time aku pergi saloon kat skudai ni.

kalau x,nak potong rambut aku tunggu balik kedah ja.

aku pergi kat EL-RAHAH.aku tahu pasal tempat ni pun lepas aku baca entry ni.

credit to ella yarh!hehe,tayah pk nak g kat mana lagi.

memang betol dia cakap.servis kat situ bagos.

selesa,peramah,lembut,manis muka,macam-macam lagi la.

yang penting aku sukaa and rasa nak pergi lagi.hehe


*rasa lain pulak bila rambut da macam ni.hm

November 3, 2010

stdudy weeks!

kali ni study weeks sbb exam start 12hb,so we got about two weeks to study.
tapi hampeh ja,xpuas hati lagi dengan apa yang aku dah study.dah,xnak ingat.huhu.

okay,standard la kan kalau dah dekat-dekat exam ni semua orang nak mintak maaf dan dimaafkan.aku pun nak guna peluang ni jugak even orang cakap kalau nak mintak maaf anytime pun boleh,bukan tunggu musim kan.

so,saya, Fadila bt Alias .ni nama sebenar saya ok,no nur @nurul @ h and so on la.saya nak mintak maaf banyak-banyak kat semua orang especially kat siapa-siapa yang saya pernah buat salah atau terkutuk,termarah,semua yang terrr la ea..
harap diampunkan..

and this is for you.
ila nak mintak maaf la kalau ada terasa,truth to be told,kadang-kadang teringat la apa yang kamu da buat kat ila.bukan saja2 nak ungkit tapi pernah dengar kan 'easy to forgive,hard to forget'.insyaAllah,i'll try my best to get rid this feeling for my own good and my new life with insan tersayang.ila tawu,time raya lepas,ila macam kejam sikit dengan kamu.but trust me,it was for our own good.i know my weakness that time and you know too.i cant face you.boleh bayang x keadaan sekarang kalau ila xelak semua tu?things must be getting worse dan kamu mungkin xmenjadi insan sebaik sekarang yang setia dengan dia.better for me to go.now,everythings cleared.both of us happy.tapi ila xtipu time tu.memang apa yang ila bagitawu betol.ila bukan dekat rumah.i dont know,but i have to tell you this.if there's entry that might hurt you,do forgive me.

sekian...

October 31, 2010

Burung Hantu 2010

menarik pulak aku rasa nama program ni.
ni first time aku tahu pasal burung hantu ni,padahal sebelum ni ada ja program ni.
burung hantu ni ,program cycling @night ride.
program ni bukan untuk budak2 u ja,kalau xsilap aku,anyone kat malaysia ni boleh join.
even foreigners pun ada.
aku pergi bukan sebab aku pun involve dalam cycling ni,saja nak mengimarahkan suasana.haha


.: stretching-up :.

boleh kata tiap2 minggu ada ja program src yg aku join yang pergi merantau negeri orang.
kali ni kat melaka pulak,kat dataran air keroh kalau xsilap.
ramai kot yg join program nih,lebih 1000 orang.
xtawu aku nak bezakan basikal mana yang bpuluh ribu,yang mana biasa2 ja,tapi cnfirm sume mahal.



yang kelihatan berpangkat bapa kepada anak-anak yg ramai pun ada join.ehehh
minat xmngenal usia kan.
route yang dikatakan susah and tough oleh rider2 utm tu is about 50km.
semua rider utm dapat habiskan kayuhan!tahniah2..
muhamad nasiruddin rider utm yang 1st sampai.out of all,he is 89th.
cayalah!impressed gila kot.even bukan no 1,tapi dalam seribu lebey yang join,ko boleh dapat no bawah dari 100.ti jian liang jugak!no 98.hehe.tahniah2.
considered win ye nasir,haha.no more 'hutang'.mesti ko usaha gila sebab nak hapuskan utang ang kan.haha.
sementara tunggu rider2,kami pergi night safari sebab sebelah ja,so,dah xda benda lain boleh buat,kami pergi situ.
at first,nak uat wall climbing tapi cuaca xmengizinkan.
about 4am kami bertolak balik utm..
penat.tido..zzz


.; mula.tamat :.

October 30, 2010

u and I #1

cemburu tu penting x?
bagi aku,penting!
salah x kalau aku cemburu tengok orang yang kita sayang masih disayangi oleh "ex" beliau dan sangat obvious.
i do trust you,but sometimes i cant stop this feeling.
fobia is the problem.
before,i trust someone 100% and just let he do what he want..
at last,both of them that i trust stabbed me from the back.'
hurt me so much.
you know what hubby,my love for you keep growing from day to day.
i know and i'll remember what you said to me.
kalau bbuat air,xletak gula xsedap jugak,tapi kalau gula daf terlebih,xelok jugak kan.
ila tawu,tapi insyaAllah ila mintak benda2 macam ni xjadi 'reason' for anything bad.

nak tawu lagi x ila fobia apa lagi?
bila "call-waiting".
OMG,panas badan bukan sebab marah tapi sebab takot.
serius takot!
because of call-waiting,i got thousands of lies.
dont want the same thing to happen.

i gave reasons not because to remember about the past.
but i want you to know why i acted that way.

amir hafizudin,
saya mungkin bukanlah wanita sempurna ataupun wanita yang mungkin menjadi idaman kamu.tapi,percayalah,dalam hati saya,saya sangat sayang kamu dan sentiasa mencuba yang terbaik,only for you.hari ke hari,saya cuba menjadi insan yang akan kamu sentiasa sayang i dont know to tell u what i have in my heart towards you.
everyday,i am in love with you sayang.in malay,hari-hari saya jatuh cinta pada awak!
love,
fadila

October 29, 2010

DEMI WAKTU AKU UNTUKMU

Nurul kembali ke bumi setelah fikiran dan matanya terbang tinggi menikmati kehalusan seni bina agung Kuala Lumpur City Centre.Hiruk-pikuk sekitarnya mengetuk ruang dengar.Melodi hidup warga metropolitan yang bergelut untuk terus hidup.Pandangan Nurul beralih kepada kotak merah jambu yang erat dalam pautan tangannya.Pergelutan hidup aku baru sahaja bermula.Apa yang harus aku buat?Berlawan atau menyerah?

“Nurul,maaf Kal lambat”suara seseorang mematikan lamunan Nurul.Wajah tuan punya suara itu redup sekali.Dalam mengahnya yang berkejar ke sini,senyman masih setia di bibir.Haikal melabuhkan punggungnya di palang penghalang jambatan itu.Disinilah tempat perjumpaan rasmi mereka,berdepan dengan menara berkembar KLCC yag menjadi saksi mereka bertemu buat pertama kalinya.Saksi kepada impian-impian yang mereka lafazkan ketika mengulangkaji pelajaran untuk SPM yang menjadi medan tempur mereka dahulu.

“I heard good news.Tahniah!”Nurul memulakan bicara.Matanya melekat ke bawah,tida kekuatan untuk bersemuka dengan Haikal.

“Hei!Kan Kal dah kata kata Kal tak akan pergi kalau Nurul tak dapat.I’m not going,”bersengguh pemuda itu meyakinkan buah hatinya.Tak mungkin dia meninggalkan Nurul di sini sedangkan dia jauh di Ireland melanjutkan pelajaran.

“Maafkan mak cik Nurul, bukan niat mak cik nak Nurul dan Haikal berpisah.Kamuberdua masih muda,perjalanan masih jauh lagi.Peluang melanjutkan pelajaran ke Ireland bukannya dating banyak kali.Mungkin bukan rezeki Nurul dapat biasiswa JPA itu.Tapi mak cik tak mahu Haikal melepaskan peluang ini.Dia tak mahu menerima biasiswa itu kerana dia tak mahu berenggang dengan kamu.Mak cik harap Nurul boleh nasihatkan Haikal ya!Lagipun kamu berdua masih mentah,belun tentu lagi perhubungan ini.Mak cik mahu kedua-dua kamu dan Haikal fikirkan masa hadapan dahulu.Kalau ada jodah tak kemana,bukan?Masa masih panjang lagi dan mungkin kamu akan berjumpa dengan orang lain yang lebih baik dan sesuai dengan diri masing- masing.Mak cik ni ber cakap sebagai orang tua yang banyak pengalaman hidup.Mak cik mahu Nurul fikirkan sedalamnya,betul taka pa yang mak cik cakapkan ni?...”Terngiang luahan mak cik Husna di gegendang telinga Nurul.Tiada yang salah pada kata-kata itu.Ucap rasa ibu yang tidak mahu anaknya membuat keputusan tidak matang.

“Nurul!Nurul!”Haikal melambai tangannya di hadapan gadis itu.

“Nah!”Nurul menyerahkan kotak merah jambu yang berada di pangkuannya sejak tadi.Raut wajahnya berkerut,gusar akan reaksi yang bakal diterimanya daripada Haikal.

“Apa ni?Kal bagi Nurul kan gelang tangan ni!Kenapa bagi Kal pula?”Haikal keliru.Kotak comel itu dibuka,diperhatikan isinya.Gelang tangan perak yang tertulis ‘Aku untukmu-Haikal.Galang yang ditempah khas olehnya sempena hari jadi Nurul sebulan yang lepas.

“Nurul nak Kal pergi!”Nurul serius.

“Apa maksud Nurul?Kita dah janji kan?”Haikal semakin bingung.Dia inginkan penjelasan.

“Oh!Come on HaikalTakkan Haikal ambil serius janji-janji tu?Itu janji budak-budaklah,”Nurul sedaya upaya mengetengahkan reality kepada Haikal.

“Yes!I do!Apa ni?Haikal ingatkan Nurul sayangkan Haikal!Apa ni??”Baran HAikal tercetus.Kotak merah jambu itu disua semuala kepada Nurul.

“I returning it back to you!Nurul nak kita tumpukan pada pelajaran masing-masing.Haikal patut pergi ke Ireland!Haikal mesti pergi!This is a good opportunity for you.”Nurul meluahkan segalanya.

“Ok,I go!Tapi kenapa pulangkan gelang ni?”Haikal bengang.Tidak mungkin Nurul mahukan perpisahan dengannya.

“Tolonglah Haikal.Ini cinta monyet ok!Cinta yang tak matang.Nurul tahu Haikal sedar akan hakikat itu kan?Perjalanan kita masih jauh.Haikal akan jumpa ramai lagi perempuan kat luar sana.Begitu juga dengan Nurul.Jangan jadi bodohlah.”Nurul sedikit keras.Realiti memang tidak selalunya indah.

“No!You are right!Kal memang bodoh!Jadi semua ini palsu?Cinta monyet?Ni,gelang ni,Nurul ingat gelang ni palsu?Haikal berhempas pulas kerja untuk tempah khas gelang ini untuk Nurul.Nurul fiir itu palsu?Kalau Nurul tak mahu gelang ni,apa yang buat Nurul fikirHaikal akan simpan benda ni lagi?”Haikal marak dengan emosinya.Kotak di tangannya itu dibuang jauh dan jatuh ke dalam terusan dibawah jambatan tersebut.

“This is all bull shit!I can’t believe this is happening.”Tinggi nada suara Haikal.Dalam marahnya jatuh titis mutiara kesedihan.

Termangu di situ Nurul membiarkan Haikal berlalu pergi tanpa sepatah kata darinya.Matanya menangkap kotak merah jambu yang bergerak perlahan dibawa arus terusan di bawahnya.Jika benar itu semua Haikal,aku memang untukmu!Tetapi bukan sekarang,jika ada jodoh tak ke mana.Cecair panas mengalir ke pipi Nurul,dibiarkan mutiara itu jatuh membasus pergi semua kepedihannya.


‘Perarakan keluar para graduan daripada dewan akan berlangsung sekarang’.Pengunguman itu bergema kuat di sekitar kampus.Meriah sekali Pesta Konvokesyen kali ini.Lebih-lebih lagi apabila ijazah sudah selamat berada di genggaman.Nurul ceria,segala penat lelah usahanya belajar selama ini sudah berbayar.Membetul-betulkan jubah dan topinya,Nurul melangkah yakin mengikuti perbarisan yang bergerk ke luar dewan.

Tiba di luar dewan,perarakan disambut dengan ucapan tahniah dan sorakan ahli keluarga graduan.Sejambak bunga muncul di depan Nurul.Tatkala itu perarakan sudah bersurai,graduan membawa haluan masing-masing bagi meraikan kemenangan mereka.

“Terima kasih mak,ayah!”ciuman daripada kedua orang tuanya hinggap di pipi Nurul.Saat yang dinantinya akhirnya tiba,melihat senyuman bangga mak dan ayahnya terhadap pencapaiannya.

“Mana angah dengan adik?”soal Nurul apabila melihat ketiadaan kelibat kedua-dua adiknya.

“Kak Long!Kak Long!”jerit suara Melissa dalam sesak lautan manusia itu kedengaran.Nurul terpusing-pusing mencari tuan punya suara itu.Melissa muncul di depannya diikuti Faizal di belakang.

“Adik!Cuba jangan jeri-jerit.Buat malu betul,”Nurul menasihati adiknya.Melissa tercungap-cungap mengambil nafas.Faizal pula tersengih-sengih.

“Kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni angah?”Nurul menegur.Hassan dan Fauziah sekadar menggeleng melihat telatah ketiga-tiga anak mereka itu.

“Nah!”Melissa menghulur sehelai kertas kepada Nurul.Nurul mengambilnya.Hassan dan Fauziah pula menghimpit anak sulung mereka itu mahu berkongsi maklumat yang tertulis di atasnya.

“Haaaaaaa!Siapa bagi ni dekat adik?”Panjang lopong Nurul.Matanya terbeliak bagai tidak percaya isi kandungan kertas itu.Hassan,Fauziah dan Faizal sudah pecah gelak.

Ada abang handsome tadi edarkan kertas ni dekat orang ramai dekat pesta konvo tadi.”jawab Melissa selamba.Dia juga menahan tawa melihat muka Nurul yang memucat.

“Nurul!Nurul!”beberapa rakan Nurul memanggil namanya.Suara mereka cemas ,mengerumuni Nurul dengan tangan masing-masing memegang helaian kertas yang sama.Diperhatikan betul-betul kertas tersebutWajahnya yang tersenyum menampakkan barisan gigi yang comot dengan coklat.Gambar kandid yang diambil sewaktu perkhemahan Fakulti Sains dan Teknologi tahun lepas terpampang jelas di tengah-tengah kertas itu.Di bawah tertulis;Kepada sesiapa yang mengenali gadis ini,NURUL HUDA HASSAN,sila beritahu dia bahawa seseorang menunggunya di dewan Sri Bestari pada pukul 1.00 ptang ini.

“Kelakarlah Nurul.Ni gambar kita pergi ‘camping’ dulukan?

“Boleh tahan,tapi kau nampak gemuk sikitlah Nurul dalam gambar ni.”

“Apa lagi Nurul,jomlah pergi Dewan Sri bestari sekarang.Kejap lagi pukul 1.00 petang.”

Komen-komen dan reaksi kawan-kawannya cukup melemaskan Nurul.Arghhhh!Orang bodoh mana yang buat kerja tak siuman ni!Hatinya memberontak,bengang.Dia mendapatkan semula Melissa yang sedang menerangkan sesuatu kepada Hassan dan Fauziah.

“Adik!Cakap betul-betul dengan Ka Long,adik kenal tak dengan orang yang edarkan kertas ni?”Nurul serius menyoal.

“Dia kata dia kawan lama Kak Long.Muka dia macam adik pernah tengoklah.Tapi di mana ya?”Melissa menjawab bersungguh.

“Apa susah Kak Long,pergi sajalah Dewan Sri Bestari tu,orang tu mesti ada dekat sana,”Faizal memberikan pandangannya.

“Pergilah Long,mak dengan ayah tunggu dekat sini.Pusing-pusing dekat pesta konvo tu.Hal orang muda,takkan mak dan ayah nak campur kot.”senyum Fauziah pada anak sulungnya itu.Kemudian berlalu pergi bersama Hassan yang masih lagi bersisa sengih.

“Apa lagi Nurul?Mak dengan ayah kau dah bagi green light tu.Jom pergi Dewan Sri Bestari.Membontoti mereka adalah segerombolan kawan-kawan Nurul yang lain.Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan drama yangbakal berlangsung.Nurul kusut.Dia melangkah,sekadar menuruti rentak kaki Nadia.Hish!Dah buang tabiat ke mak dengan ayah ni.Macam tak kisah je anak dia dimalukan macam ni.Waaa!Rosak hari bahagia aku.

Setiba di Dewan Sri Bestari itu,tempat duduk sudah penuh diduduki pelajar-pelajar.Semakin pucat muka Nurul dibuatnya dek suasana itu.Diorang ni dating nak tengok wayang ke?Pelajar-pelajar yang lain teruja dengan kehadiran Nurul.

“Hai Nurul!Assalamualaikum,”suara yang amat dikenali Nurul bergema di dalam dewan itu.Kemudian muncul seorang yang amat dikenali Nuruldaripada lautan manusia itu.Wajah redup yang amat dirinduinya itu tersenyum manis.Haikal?

“Waalaikummussalam,”mikrofon yang diberi Nadia kepadanya diambil Nurul.Agak kasar jawapannya.

“Garangnya,marah ke?Ok Kal tahu Nurul keliru sekarang ni.Nurul tak faham kenapa Nurul buat semua ni kan?’The rule is let me finish all that I need to say then it will be your turn.’Setuju tak?”Haikal tersenyum bertanya.Tanpa sempat Nurul berkata apa-apa,dewan itu gegak gempita dengan jawapan SETUJU!!Nurul buat muka. tak setuju!

“Lima tahun lepas aku terluka kerana seorang gadis.Gadis pertama yang berjaya mencuri hatiku.Orangnya ceria,cantik dan sangat realistic.Ciri yang tiada padaku ketika itu.Mungkin kerana ketidakmatangan aku sendiri atau munkin kerana aku terlalu cintakannya….Dia menentukan perpisahan kami.Tanpa khabar berita,dia mengelak dari diri ini.Buat satu ketika aku putus asa dan mencuba nasihatnya yang mengatakan ramai lagi perempuan lain yang akan mengetuk pintu hati ini.Kegagalan demi kegagalan cukup mematangkan.Aku terfikir mengenai si dia dengan lelaki-lelaki yang muncul dalam hidupnya selepas aku.Melalui internet pencarian bermula.Terima kasih buat Nadia,Melissa dan Faizal kerana sudi membantu,aku tahu si dia bagai pungguk merindu.Menjadikan buku dan pelajaran sebagai teman.Hati tertanya-tanya mengapa ini berlaku?Adakah Si dia menunggu aku?Ingin menuntut janji-janji yang pernah terlafaz dahulu?Boleh Nurul jawab persoalan Haikal itu?”Haikal meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.Langkah diatu satu persatu mendekati gadis pujaannya itu.Dewan sunyi menunggu jawapan daripada Nurul.Air matanya menitis mengenangkan peristiwa dulu.

“Apa yang boleh Nurul lakukan apabila seorang ibu merayu supaya Nurul melepaskan anaknya.Tak mungkin Nurul akan meragut peluang keemasan orang yang paling Nurul saying…Cinta memang bodoh!Kita melepaskan orang itu pergi tetapi merana sendiri kerana hati ini sudah dibawa pergi.Macam mana nak mulakan percintaan baru sedangkan asyik teringat janji-janji manis percintaan dulu.Percintaan yang secara zahir tidak pernah terputus.Panggilan-panggilan mak cik Husna yang menyampaikan berita-berita terbaru bagai menyatakan cinta itu masih boleh bersatu.Nurul tak pasti adakah itu cinta monyet?Nurul tak pasti adakah semuanya palsu?”Nurul emosi.Terbayang di kepalanya apabila hari-hari perit yang pernah dilaluinya.Hidup dalam kerinduan yang mengatakan mungkin mimpi,harapan,impian dan cinta itu akan menjadi reality.

“Jawapan itu membuktikan segalanya Nurul Huda,Haikal di sini menuntut janji.Janji demi waktu aku untukmu.”Haikal serius,memandang tepat ke mata Nurul dan melutut.Dari koceknya dikeluarkan satu kotak merah jambu berisi gelang yang tertulis ‘Aku untukmu-Haikal’.Nurul terlopong.

“Kal campak kotak ni dalam terusan dulu kan?”Nurul hairan.

“Yes!Tapi Haikal ambil balik ,membazir.RM50 Haikal beli ni!Haikal cuba cari tuan punya yang baru untuk gelang ini tapi tiada siapa yang dapat gantikan Nurul dalam hidup ini.Jadi,Nurul Huda Hassan,sudikah tuan puteri menjadi suri hidupku?”Haikal selamba disambut sorak satu dewan.Manakala Nurul melopong buat sekian kalinya.Biar betul!

“No!”jawab Nurul ringkas membuatkan dewan itu sunyi serta merta.

“Kecuali kalau Haikal tempah semula gelang ini guna emas.Yang ni palsulah,”seloroh Nurul,dia mengambil gelang itu daripada tangan Haikal dan disarungkannya,tersenyum sengih.Haikal bingkas lalu menarik hidung Nurul,tersenyum gembira.

Mimpi,harapan,impian dan…….cinta,semuanya boleh menjadi reality dengan syarat kita tahu kepentingan yang peril dilakukan dulu.Demi waktu aku untukmu Haikal.

“Semuanya berjalan lancar.Kepasa semua yang berada di dalam dewan ini,anda semua dijemput hadir ke majlis perkahwinan kami dua minggu daropada sekarang.Sebab saya akan berlepas semula ke Ireland untuk ambil Master dan membawa bersam buah hati saya ini!”Haikal merangkul pinggang Nurul dan membuat pengumuman penuh yakin.Nurul pula;What!Terlopong lagi.



_remaja_