December 4, 2011

10 Muharram ♥

10 muharram ni hari istimewa kan,dulu2 masa kecik2,xtaw apa sangat -_-,jahil lagi. dok ingat org buat bubur asyura ja kat kampung.*sigh*




Barang siapa yang berpuasa besok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa) maka pahalanya sama dengan 2 tahun ibadah. Sedangkan bagi yang mengingatkan dapat pahala 80 tahun ibadah


 Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)


so,jom puasa ! :) 


credit to faris nordin :)


Antara Peristiwa-peristiwa atau Kejadian besar ketikaa 10 Muharram yang MESTI Masyarakat Islam ketahui : Hari Peristiwa ini yg BAKAL menjelma pada hari:
( ISNIN - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 5 Dis 2011 )

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid



credit to facebook

6 comments:

syufaa said...

awak, nice info!
thank you! ^_^

Anyyss Shuhaimi said...

tapi kan kak,yang pasal 80 tahun ibadah tu,ramai yang kata tak penah jumpa pun hadis tuh n bukan hadis yang sahih. saya pun tak pasti la..btw,nice! :)

Arikal Razali said...

wahh , besarnya keagungan Allah :)

iela_fadila alias said...

@syufaa

hehe.. no biggie. copy paste ni ;) share2 sma2

iela_fadila alias said...

@anyyss

tu laa.. ada gak baca..tp lepas dah post.akak pu xsure la, tapi niat la nak beribadah ngn ikhlas eh,smoga dterima Allah,amin.. :)

iela_fadila alias said...

@arikal

kan ! kecilnya kita -_-