January 28, 2011

:: walaupun mungkin benci wujud tapi sayang juga mungkin ada ::

macam mana nak hilangkan benci eh?
confiusing me
memang aku try,tapi aku sendiri xsure benci tu still ada atau x.
aku dapat taw dia sakit sekarang.
dalam hati aku memang aku sedih,xtaw napa walaupun maybe org lain susah nak percaya
yang aku boleh rasa macam tu.
tapi aku doakan dia sihat kembali.
kuat melawan sakit yang dia rasa tu.
fikir positif,insyaAllah semua selamat.
lepas ni sentiasalah beringat.
Ya Allah, save her . 
she maybe someone that hurt me before but Your test is too big i think if it was me.
be strong gurl !

kamu,
" Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita sendiri xmampu nak tanggung "

dia dah jadi roommate saya selama 3 tahun

assalamualaikum..
hari ni baru nak buat entry untuk wish kat roomate aku nih.
nama dia BIBIE NARHAYU.actually dy pny bfday 27hb tapi ak xsmpat nak buat.
b! hepy bufday..
semoga murah rezeki dan panjang umur*mcm tbalik ja
terima kasih sebab jadi roommate kami dari dulu dan dah nasihat kat kami macam2 masa kami ada masalah.selalu nangis2 kat bb,tapi bb layan ja kami kan.really appreciate that! muah3!
bb,hadiah kami xbeli lagi taw,xsempat..lagipun macammana kami nak beli,kita p mana2 sesama ja
asyik berkepit ja,xsurprise la nanti.lepas cuti kami bagi eh?
1 lagi,semoga hubungan tu kekal sampai tett ye,hehe.
bb,just bear with the situation so that you will not feel any pain inside later.

give as long as you can,and i know you can.and do tell something that you feel,ok dear?

kami sayang bibie!

*"kami" not stands for ramai.aku memang bahasakan diri "kami" dengan dia. :)

January 25, 2011

:: semoga Allahyarham pak njang bahagia di sana ::

assalamualaikum

hari ni aku dapat berita yang memang aku xsangka.yang buat aku sedih,menangis,menyesal,macam2 la.
hari ni kelas aku pukul 8,ada kelas sejam untuk pagi,lepas tu ada gap 2 jam.
macam biasa,aku dengan yang lain mesti pergi makan dulu time gap.
pagi tadi aku memang gelak banyak,memang aku dah cakap,aku seronok sangat pagi tadi,mesti nanti aku sedih.pernah dengar kan orang cakap macam tu.tapi aku bukan nak kata tu penyebab tapi macam petanda la.
pukul 11 aku ada kelas process control,hari ni group aku kena present.tetiba kak aku call.
pastu cakap nak bagitaw something tapi jangan terkejut.aku dah takot dah dengar dia cakap macam tu.
lepas tu dia bgtaw yang pak njang aku meninggal pagi tadi.sebab apa aku pun xsure sebab semua orang masing2 tengah busy.tapi mak aku sempat bgataw jadi masa dia pergi hantar kuih kat hospital,kuih yang mak njang aku buat.kak2 aku semua nak balik kampung tengok.aku memang xdapat la,nanti malam bawu sampai,dah xsempat.lagipun kerja bertimbun. T_T.time present tadi pun mata aku dah merah,tapi kena tahan jugak,group aku dahla 3 orang sja,.

dulu aku selalu gaduh dengan dia.memang aku ada benci dia dulu sebab dia suka usik2 aku sampai ada satu masa tu aku xtahan,aku lawan balik.macam2 aku kata kat dia.masa hari raya,aku xbalik umah tok aku sebab xnak jumpa dia.bila dia datang rumah aku,mesti aku lari keluar dari rumah lepas tu tunggu dia balik.
tapi lama2 aku dah ok dengan dia.aku dah salam dengan dia semua.
aku harap dia dah maafkan aku,aku pun dah maafkan dia.xtahu la macam mana lepas ni sebab dia yang dok buat bendang yang wan tinggal,dok hantar tok pergi hospital,memang kalau dia xdak susahla kiranya.
tapi dah sampai ajal dia.Allah lagi sayang dia.
aku harap dia ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang beriman.

al-fatihah.

January 23, 2011

:: pendermaan organ ::

assalamualaikum..

dah lama xpost entri.xda mood and xtaw nak post apa.
tetiba nak share something yang baru aku taw sikit2 tadi petang.
aku bawak rumate aku pergi derma darah.aku xderma kali ni atas sebab2 tertentu.uhuk2.
tapi bila aku duduk dekat situ saja2,ada yang dok jaga kauter tu promote kat aku untuk isi Borang Pendaftaran Pengikrar Penderma Organ.bila aku dengar derma organ,terus kecut perut.haha.
tapi lepas dia explain kat aku,baru aku berani sikit.
pendermaan organ hanya akan berlaku bila kita mati otak ja taw.means, tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak tidak lagi berfungsi.
derma organ ni harus dalam Islam,dan juga digalakkan oleh agama lain.
so,xberdosa taw.
kalau dah daftar,jangan lupa bagitaw family sebab in case jadi apa2,organ kita tak terus diambil.
pihak berkaitan akan mintak kebenaran family dulu.
so,kalau dah explain dan bagitaw awal2,xdala terkejut and kecoh2 nati.
tu ja kot setakat ni. :)
jom daftar !

dermalah organ demi sebuah kehidupan.


January 15, 2011

mereka buat saya gembira dan ketawa.

♥ sesudah makan tengahari,duduk2 jap.aku nampak sorang budak laki nih.2tahun camtu kot umur dia.aku dok tengok gelagat dia.mak dia biar dia makan sendiri.then da sudah makan tu,dia nak minum air,mak dia dah asingkan air untuk dia dalam gelas panjang.awal tu dia guna sudu nak minum tapi susah kot,sikit ja yang dapat masuk mulut,terus dia teguk.lepas tu dia try lagi guna sudu,still xpuas hati,dia teguk pulak.tetiba abang dia jatuh kerusi,budak ni boleh gelak punya la besar tapi still khusyuk dok settlekan air dengan sudu dia tu.haha.u r so cute.love ur laugh.

♥ aku dengan roomate aku pergi Giant sebab aku ada nak beli stock barang2 yang nak habis.tapi bibie nak amik duet dulu.so kami singgah atm jap.boleh x,bila sampai situ,ada sorang budak pmpuan yang sangatlah comel,rasanya anak mat saleh kot,tengah berdiri atas kerusi pastu dok tekan2 mesin atm tu.kera aku gelak ja kat situ,tapi sebab nak cepat,aku nak angkat la budak tu,baik2 ja kami ckap dengan dia,dwi-bahasa,haha.tapi dia xmau and still nak tekan2.time nak angkat tu,dia tetiba duduk atas kerusi tu.aku cepat2 la suruh bibie gna mesin tu before dia nangis or jadi apa2.dah nak settle semua tu,budak tu lari,aku ingat dia nak pergi kat parents dia,tapi dia pergi main kerusi kat kedai lain pulak.aish,budak ni,haha.nwy, thanks for the moment.

♥ dah sudah beli barang,aku nak beli cool blog,sebab sem ni belum bli lagi.hak2.dah order tu,datangla sorang makcik dengan dua orang anak dia.sorang laki and sorang perempuan.kecik2 lagi anak dia.and of course cute!this is their conversation :

abang : ika nak yang mana?yang ni ada,yang ni ada,yang ni ada..(sambil tunjuk2 gambar kat situ)abang nak yang niii..


adik : ika nak yang abang..


abang : ala,ika ambil la yang ni..(tunjuk flvour lain)yang ni sedap,yang ni sedap..


adik : ika nak yang abang..


mak :  "abang ambil la yang ni,bagi adik yang tadi tu"
 
abang : xnak..bagi ika la yang tu..

mak : ika ambil yang ni ye,bagi abang yang tu,yang ni pun sedap..


adik : ok..

walaupun abang xnak bagi apa yang dia nak,but i can see how care and kind he is towards his sister.like!



*banyak pulak budak2 buat aku gelak hari ni,aku patot dapatkan budak untuk happykan aku tiap2 hari ka?wow.



January 14, 2011

menjadi tontonan saya ketika cuti sem #2

  the biggest loser



yang ni aku sangat suka sebab lelaki gemuk akan jadi handsome,perempuan gemuk akan jadi cantik.haha.serius sangat adore!jealous aku tengok.tiap kali aku tengok,mesti xsabar nak tggu last episod.nak tengok perubahan dari ratusan pounds jadi berapa puluh ja.tapi bukan senang nak dapat turun berat sebanyak tu kan.kesihatan semua orang yang masuk tu memamg dikawal rapi + exrcise yang kena buat pun base on kemampuan.bila tengok orang kurus,aku pun jadi semangat nak kurangkan berat badan.tapi susah.ergh.



lihat perubahan
the trainer.like Jillian michael!

January 12, 2011

menjadi tontonan saya ketika cuti sem #1

assalamualaikum..


teringat nak post rancangan2 yang aku suka tengok masa cuti sem sebelum2 ni.dulu sebelum masuk maktab dan u,aku ni memang ratu tv la(sukahati bagi award kat dri sndiri).depan tv ja memanjang.cakap pasal rancangan apa pun,boleh la aku nak menyampuk,tapi tidak lagi sekarang.hehe.aku tengok certain2 program tv ja.dont ask,dont know why.most of them,reality tv.favourite channel aku, E! .afc pun suka jugak.


giuliana & bill

-a very romantic couple.bill ni 1st winner 'The Apprentice' season 1.dulu aku xmiss tgk cita yang menampakkan kemewahan Donald Trumph tu.lepas tu tengok macam mana orang kena settlekan problem or task in a short time tapi gives alot of profit.kena pandai bahgi tugas,pastu tawu nak jadi leader yang bagus.kalau x,nanti Trumph cakap YOU ARE FIRED!! tiap2 minggu aku tunggu dia nak kata sapa.tapi sedih jugakla sebab apa yang aku tengok tu,aku xpandai nak applykan dalam hidup aku.rugi.lari tajuk la,ish.
aku xtawu pun giuliana yang dok jaddi pengacara E! News tu wife dia.bila ada rancangan ni baru aku taw.lagi satu yang aku tertarik,Giuliana ni orang Italy,dia belajar English guna TV saja tapi fluent gila,kalu la aku boleh macam tu.pastu,both of them get to know each other when Giuliana have to make a so-called  redcarpet interview. Bill fall in love with Giuliana that time.sweet.masa kenal2,Giuliana tipu Bill umur dia.sampai nak kahwin kot baru Bill tahu.haha.latest season yang aku tengok,they tried very hard to get a child,and they experienced IVF for two times already but still no positive feedback.if they get a child,he/she must be very lovable.for sure.Bill built a wonderful house already because they thought the IVF process will succeed.poor them.
Giuliana sangat beruntung sebab dapat husband macam Bill.he always there for her.dalam lapan tahun kerja,Bill xpernah cancelkan dia punya program involving works and career tapi untuk Giuliana,dia sanggup.
aku xsabar nak tengok mereka dikurniakan anak. 

nanti sambung cerita yang lain pulak.
fikiran tengah serabut.
semoga segala urusan aku dipermudahkan Allah.amin.

January 11, 2011

.si manja milik saya.


 nyenyaknya dia tidur..i do miss her alot.and him too.


Sometimes we know, sometimes we don’t
Sometimes we give, sometimes we won’t
Sometimes we’re strong, sometimes we’re wrong
Sometimes we cry
Sometimes it’s bad when the going gets tough
When we look in the mirror and we want to give up
Sometimes we don’t even think we’ll try
Sometimes we cry
copied from anis' blog.credit to u.

January 10, 2011

sawah padi 2

aik,xdak sawah padi 1 pun sebelum ni,macamana boleh ada 2 pulak?ahaks.aku sambung post anis..aku dok tunggu tapi xdak pun,so aku sambung sndiri..hehe
kami dah lama xjumpa,so cuti sem hari tu,kami pergi lepak2 kat sawah tepi sungai tu.gosip2 sket.ops!





love them!

Senggugut.. sukar hamil??


Assalamualaikum..
Wah title.tgk title ni terdiam jap especially  bagi kaum hawa yang ada senggugut ni kan,termasuklah aku.ni srius topic la,masa depan.nak ckp sal tips study,aku rasa mcm xlayak ja.:(.share yg ni pun ok kan.
Masa cuti hari sem hari tu,aku ada la tengok WHI..Wanita Hari Ini la..selalu jugak aku tengok tapi kalau tajuk dia menarik perhatian aku la.kadang-kadang pasal perkahwinan, rumah tangga,anak-anak,produk-produk yang bagus.banyak ilmu jugak boleh dapat. Lagi satu yang aku suka, bila tengok hos WHi ni.semua cantik-cantik.aku suka tengok fesyen baju dengan tudung,then cara bercakap.memang kena ada bnyak ilmu nak jadi hos macam tu pun,bukan harap muka ja cantik. Memangla ada skrip sikit2 kan,tapi kan live,kalau orang yang lack of knowledge, memang boleh blur la.
Ok,back to the topic,hehe. Tetamu WHI hari tu, Dr Ismail Tambi kalau xsilap aku.dia ni pakar sakit puan.tengok ja tajuk tu,melekat la aku kat depan tv, + aku suka Dr ni,aku xboring kalau dia cakap,tu yang penting.
He said, daripada kajian yang dibuat,60-70% wanita yang datang bulan akan mengalami senggugut dan about 20% daripadanya pula berkemungkinan akan sukar untuk mendapat zuriat. MUNGKIN dan SUKAR ya. BUKAN TAK BOLEH dapat.
Aku pernah Tanya mak dan akak aku,dulu senggugut macam aku x,jawapannya ya tapi lepas kahwin,dah xsangat dah dan Alhamdulillah,tidak mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat.sampai sekarang,Dr ismail cakap,xada ubat yang boleh mengubati senggugut.memang la ada ubat yang boleh mengurangkan sakit masa tengah period tu tapi for the next period,belum tentu lagi yang kita xkan sakit.tapi aku suka biar dia baik sendiri ja,kalau terpaksa ja makan ubat.
Steps yang disarankan Dr Ismail untuk kita manage senggugut tu :-
          Tahu serba sedikit maklumat tentang senggugut dan tahap keseriusan senggugut yang dialami.lepas tu bolehla jumpa doctor.
          Bear in mind, bila datang bulan lagi nanti,kita xkan sesakit sekarang.kena sangat yakin!
          Jogging kot.xpasti la,mak aku cakap dengan aku masa ni,so aku xdngar,haha.tapi  aku dengar sket dia cakap.wife dia suka lari2 kalau senggugut nih.
Rezeki anak semua tu ditangan Allah,so jangan risau.ada kes seorang wanita yang masih senggugut teruk  walaupun selepas kahwin dan diketegorikan dalam golongan sukar hamil tetap dikurniakan anak yang sempurna dengan kuasa Allah. ^_^
♥finally! dapat jugak connect ngan wifi nih.