July 27, 2010

.d0aku untukku.

Terima Kasih Ya Allah …
Engkau telah menciptakan dia dengan mempertemukan aku dengannya..
Terima kasih untuk saat2 indah yang dapat kami lalui bersama…
...Aku datang bersujud di hadapanMu..
Sucikankan hatiku ini Ya Allah…
Sehingga aku dapat melaksanakan kehendak dan rencana Mu dalam hidupku..
Ya Allah..
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya …
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..
Janganlah biarkan hatiku di hatinya…
Kikiskanlah pesonanya dari kelopak mataku…
Dan jauhkanlah dia dari relung hatiku…
Gantikan damba kerinduan dengan cinta yang bersemayam di dada ini
Dengan kasih diri padu Mu yang tulus murni
Dan bantulah aku agar dapat mengasihinya sebagai seorang sahabat..
Tetapi jika Engkau ciptakkan dia untukku ..
Kau satukanlah hati2 kami..
Bantulah aku mencintai,mengerti dan menerima dia seutuhnya
Berikan aku kesabaran untuk memenangi hatinya…
Redhai dia agar dia juga mencintai,mengerti dan mahu menerima aku dengan segala kekurangan sebagaimana yang telah Engkau ciptakan…
Ya Allah yang Maha Pengasih…
Dengarkanlah doaku ini..
Lepaskanlah aku dari keraguan ini
Menurut kasih dan kehendak-Mu..
Aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan terbaik untukku…
Dugaan ini mengajarku untuk semakin dekat dengan-Mu
Yang membimbing aku menuju cahaya hidayah Mu
Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar..
Menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan…
Jadikanlahkehendak Mu dan bukan kehendakku…
Yang menjadi dalam setiap kebahagiaan hidupku…
Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangMu Engkau pekenan dan kabulkanlah doa pemohonku….
AMIN…

kredit to farhana bokhairi .luv u.

--->nisfu Syaaban

salam..
hari ni nisfu Syaaban.mesti semua umat Islam taw kan?hope so la.15 Syaaban.selalunya hari ni orang puasa sebab disunatkan.tapi aku xboleh!huhu.sedih sangat.terlepas macam-macam.walaupun bila-bila masa ja aku bley mintak doa and solat mintak ampun semua tu,tapi xsama.faham x.Ya Allah,aku teringin sangat nak berubah,jadi hambaMu yang betul-betul beriman,tapi hidayah bukan milik aku sekarang.i am waiting for that day.insyaAllah.hari ni aku asyik nangis,aku pun xtawu knpa.rasa berdosa sangat.aku nak sangat dosa aku diampunkan.aku menyesal dengan apa yang aku dah buat sebelum ni.memang aku bukan budak baik,aku banyak dosa.semua sebab aku xpikir panjang.aku biar syaitan hasut aku.YA ALLAHaku harap,buku baru aku ni akan penuh dengan amal ibadat dan kebaikan.amin.dan aku mintak dikuatkan iman dan dijauhkan dari segala kejahatan.ni ada sikit kata2.aku copy kat fb,kredit to Raja Lalat Syamsul

Disamping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan
memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul
S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang
malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan
...pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa,
sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah
mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan
dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan
riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu
domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan.
Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka
benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

p/s: hati ini inginkan ketenangan~


July 26, 2010

unplanned!

hye!

ni kes hari ahad lepas nih(kelmarin ja!).wuaa..kul7lbey da kna bgn!hari ni hari cuti la..selalunya bangun lewat sikit ya.semalam pun tidur lewat kot.tidur lebih kurang 4 jam saja.mana cukup..*gedik tidur lewat sangat.
ok,mesti ada sebab aku bangun awal kan.actually, kami(aku,bibie,kikie,az) nak kena g ceramah.tajuknya "KENALI DIRI MANTAPKAN JIWA".sepatutnya tiny pun ikut skali tapi dia baru dapat niece!aisyah humaira.cantik kan nama 2.so,dia kena g seremban.ha,back to the story,penceramah ni penulis buku "aku terima nikahnya" tu.famous jugak la penceramah ni.kenal x??kenal x??aku dah beli 3 buah buku dia,tapi belikan untuk orang,aku buat hantaran,sweet ja rasa.haha.perasan.1 lagi tajuk buku dia "murabbi cinta" and the last one aku xingat la tajuk dia.teringin nak baca tapi belum sempat nak beli untuk diri sndiri.huhu.*xda duit.after siap-siap,kami bertolak dalam pukul 8 macam tu.then,bila sampai,xnampak pun macam students yang pergi kat situ taw.yang ada,puan-puan yang umur dalam lingkungan 30-40 tahun.semuanya berbaju kurung and bertudung labuh!malu la kami!dahla kami ja macam student n pakai seluar,macam xsopan ja.kami semua dah macam dilema dah.bukan macam,memang dilema la.pikir punya pikir,we decided to skip that talk.huhu.before bertolak tadi,kami dah beli breakfast kat minimart bawah blok ni.ibie ajak g makan kat tasik.so,kan da xjadi dengar ceramah,baik kami g situ.kami lepak-lepak,makan-makan,cakap-cakap.lepas tu terpikir pulak nak buat apa pasni.aku ajak kikie memasak!kikie n yang lain-lain setuju!g pasar jom!



kat tasik!bb yg t8 dis pic!bb ada kat mata kami taw.

after dah beli semua barang-barang kat pasar basah,ap lagi,kami bertolak balik la,masak-masak time!menu-menu:nasi +siakap 3rasa+kailan goreng ikan masin+telur dadar.although dengar cam biasa-biasa ja,tapi wow!hik2.kiki la main chef,kami tolong-tolong je.uhuk2.ni antara bahan-bahan and pic ketika memasak ya:-













malas plak nak upload gambar banyak-banyak.huhu.dah sudah masak and makan-makan semua,ha,lupa nak puji lagi.memang sedapla!memang kenyang.*padahal aku memang pelahap.tidaklah seperfect masakna ibu,dan tidaklah sesedap makan di restoran2 tapi just nice!wala!lepas makan agak-agak nak watpa??haha,tido la kan.out of the blue!tqa texted me and told me to ask other src members(my coursemate actually) who did not join KAR to go to campsite because Teva asked to.



ingatkan ramai la kan nak g,last-last,aku,bibie and kikie ja.macam biasa,kami dilema lagi,nak masuk campsite or not.then amik keputusan nak masuk.kami jumpa Teva!hehe.dia baik ngan kami,ngan semua orang,so aku macam xsegan sangat dengan dia.dulu naik basikal pusing utm sesame.sweet memory.you know what,teva dahla datang dari kelantan,dia bawak durian seguni kot.aku xsuka sangat tapi aku try jugak sebab nampak orang lain makan macam sedap.haha.not bad la.kelantan mari.aku ngan bibie ni macam segan sikit kat situ sebab kami macam menyibuk and xdapat nak tolong apa-apa sangat.tapi kami dapat tolong gak kejap.jaga checkpoint untuk orientaring!heheh.xdala macam patung sangat.duduk tengok ja.time tu belum solat,so kami dapat tolong kejap ja.better than never right?best jugak dapat jumpa n join mereka for a while.hik2.
dah sampai bilik!!!apa lagi.aktiviti lain la pulak.wuaaa,a tiring day..but interesting!

c yarh!

July 24, 2010

+-x=+-x

aloha!
aku macam rajin update blog ni ja kan?orang selalu cakap,awal2 rajin la.nanti2 tinggal camtu ja.insyaAllah aku tak buat macam tu.
for this entry,aku nak cakap about what happened yesterday.
semalam hari makan seduniakah??aku asyik makan non-stop kot.dwet abey macam tu ja.then nanti bising dok fikir kenapa duit habis cepat sangat.nasib baik aku ada kelas pagi,so aku tak sempat la na mkn apa2 untuk breakfast.biasala,kelas pukul 8,7:15 baru nak bangun.then siap sume,kul 7:50 baru nak bertolak.but you know what,kelas pagi tu cancel.last minute baru tawu.apa lagi nak buat,takkan nak tido balik.percentage nak jaga tu mmg tipis gila la.baek jangan!MENU aku untuk hari ni--->

lunch: nasi+daging masak kicap+ayam masak blackpepper+sambal belacan+ulam raja+air jagung
petang :bubur nasi
dinner :nasi+tomyam+kailan goreng ikan masin+kerabu sotong+kerang bakar+teh0limau
supper :twiggies!

waa...tak lama lagi aku akan gem00k semula!tamau2,huhu.fadila,kawal sikit nafsu makan tu ye..

yang dinner tadi tu,kami(aku,bibie,kiki,az) g makan kat sri putri..sesaja ja..az nak makan seafood,then bb plak nak tomyam.kat situ la kot yang ok.aku ikut ja,xkisah bab2 makan ni,on ja,haha.tapi tqa xda.. :(
feel sorry for tqa because tak ikut dia join KAR(Kursus Asas Rekreasi).dia xda geng.Sori tqa.kami pun xg hantar ko kan.maaf,ampun..btw,tqa,sometimes,can you please tell us if you have any problem..?most of the times,we can see you have problems but you just like to say "nothing".sharing is caring kan.ehehe.sesekali share la,ringan sikit kepala tu. ^_^

besides,malam ni aku dapat nasihat yang sangat berguna dari ex-roommate aku masa aku study kat MJSC BESERI dulu.Nurul Isdiyantie Ilias!!sayang yanti sangat2.dia bley detect yang aku ni tengah fikir something.and dia tawu apakah "something" tu.macam2 dia pesan kat aku.

-ila jangan la fikir sangat semua tu,study dulu rajin2.jodoh semua tu Allah dah tentukan.nanti dah tiba masa,ada la ila.

-jangan tinggal solat taw ila
-ma'thurat selalu la baca,jangan tinggal jugak
-selalu la solat sunat tengah malam
-qiamullail..
-ila dok pikir semua tu,maknanya ila jauh la dengan Allah.ila kena la cinta and dekat dengan Allah dulu.

baik kan kawan aku.yang laen pun baek jugak!hik2.yanti pun pesan,yang aku kena la happy and let go semua ni.semua ni jadi,maksudnya aku tak ada jodoh dengan orang tu.dia tengok orang tu bahagia ja dengan orang lain tapi takkan aku nak menzalimi diri aku sendiri.thanks alot yantie!loves u so much syg!aku rindukan kehidupan aku di maktab yang tidak dihinggapi masalah LELAKI,hidup aku happy dan boleh dikatakan success walaupun terasa macam dibenci orang sekeliling.auratku terjaga,solatku terjaga,amalan2 sunatku terjaga,peljaranku terjaga.
deep,from the bottom of my heart,aku memang ingin sngat nak berubah tapi aku perlukan pembimbing dan hidayah.aku tak mahu semua tu sementara ja@hangat2 tahi ayam.DOAKAN aku.salam..tata!

July 23, 2010

a NIGHT

Have you ever felt t that you are useless, do not have any or something good that can be proud of?? Malam ni aku rasa camtu!!!(xsuka+sedih). Apa salah aku? Apa kurangnya aku? Aku ni hina sangat? Hodoh sangat? Bodoh sangat? T_T. ingat aku nak semua tu jadi kat aku? I’m satisfied with what I have now and please do not make me feel like that. What even worse,I feel like this because of someone. Can you imagine that you are one of the choices that someone can make, and at last, that person did not choose you. Wah,gila sakit. Macam kena langgar tapi tak pengsan ja. Terpaksa tanggung sakit tu dalam keadaan sedar. Ada dua sebab ja kot yang aku terfikir boleh buat kita sakit kalau ada kat situation tu.

-EGO.rasa sakit hati sebab tak terpilih and macam dijatuhkan maruah diri,then dipijak2.huh.hiperbola.

-orang tu orang PENTING dalam hidup kita. Tak dapat nak face the truth yang orang tu dah buat macam tu kat kita although kita da buat yang terbaik and put all hopes on that person. In other words, we LOVE that person damn much.

I thought I had overcome this problem. Maybe I’m a little bit stronger than before. Before , I used to cry everyday like a crazy person. Tah pape kan. But now,I still crying but not every day and every time,just only when my emotion is not stable enough and think of something that I should not!!!

Fadila boleh.fadila boleh.fadila boleh.ehehe

I always bear in my mind that there must be something good behind all this.

4JJ1 sayang kita,sebab tu 4JJ1 uji kita.kan3. *tenang SEKETIKA(maybe nanti aku rasa camni lagi)

Macam lagu Aiman- cinta terakhir

Mungkin kan terputus di tengah jalan

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ditentukan Tuhan….

p/s : bwu 2nd entry,tapi da sedey2 kan.na buat macam mana,this is what I feel tonight.then,this entry not to hurts anyone feelings k!this is about me. ^_^

1:06 a.m 23 july 2010*lmbt post.wifi mengong

July 21, 2010

the FIRST day,the FIRST post

assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim..
hik2.start something with bismillah is better rite.
waaah..ak da ad blog!!excited padahal org lain da bertahun2 n aku ni macam outdated ja.haha.
tp mmg aku excited pun.coz ak ni pemalas sket na menaip and wut something yang macam esei and yang sama waktu dengannya..
but i'll try my best to update my blog everyday maybe!haha.xmungkin kot.jangan gelak kat blog aku!(marah ni).klu bab2 IT ni memang aku lemah sikit,eh,xla,mmg lemah banyak,so faham2 la ea.huhu.aku budak baru belajar.u know what,the main reason why i create this blog is that,when I'm married and have children n husband of course,(maksudnya aku da tua nanti,uhuk2),i can read this blog again n remember back what had happened to me and what happen to my dayssss!hehehe.cam diari la kan.tp yang ni canggih sket.chewah!=p


p/s : sedikit kecewa sebab ak bwu buat blog.sebab macam2 yang da jadi kat ak b4 hari ni.nvm,let bygone be bygone!