May 30, 2012

flaming steamboat with love

assalamualaikum

disebabkan sekarang tengah mood lapar, so aku nak buat entry sal makanan la
nak cerita pasal flaming steamboat yang sedap dan sangat memuaskan hati.
bulan yang bawak aku makan kat sini
dah lama teringin nak makan kat sini, dlu plan dengan mida tapi last2 tukar tempat.
disebabkan bulan pun teringin nak try, aku pun setuju sebab aku memang suka maratah seafood

budget untuk seorang xsampai rm30 pun
boleh makan apa saja dan sebanyak mana yang boleh macam biasa
tapi masa aku g, dia limit 2jam,maybe sebab weekend kot.
sedikit kecewa sebab masa aku g, aku ada health problem yg diarrhea seminggu tu, so aku makan kena beringat, xboleh nak over sangat,huu
bulan pulak, aku memang xpuas hati sbb dia makan bebola ja, tu pun sikit gilaa,mcm xberbaloi
nasib baik dia bawak aku, makanya jadi berbaloi kembali,haha

awalnya nak makan yang dekat sunway, tapi bila dah g, parking mcm agak susah
pastu bulan cakap yang dekat shah alam lagi bersih, aku pun ikutkan saja.

nak lagi pleaseeee. nak makan waktu aku sihat, barulah boleh try semua.
lbulan, jom p lagi please, hehe.


 ni bahagian tengah, ada sayur2, macam2 cili pastu apa tah lagi.xdak gambar bahagian seafood sebab aku malu gigihnak bangun ambil gambar,haha

 bulan take this for me. heee ^^ . wlaupun rasa xseindah rupa tapi gumbira sebab bulan yg bagi.haha

haaa.... gigih kan. fokusss

May 25, 2012

diarrhea yang melampau

assalamualaikum

finally cerita pasal aku punya diarrhea tercatat jugak kat sini. dalam masa xsampai sebulan, aku terkena cirit birit  2x. ya Allah, xboleh nak describe macam mana aku rasa, samala bila senggugut. sakit yang amat.

1st aku kena masa dekat bandung. aku ada tersalah makan atau minum kot. aku xsure sangat tapi aku sorang ja yang terkena. bernasib baik sebab dah hari hujung2 aku terkena tapi memang xbestla, nak jalan pun kena fikir kalau nak membuang tetiba nanti cemana. kat atas flight nanti cemana. sampai stress. dah balik msia pun sambung sakit. nak pergi jalan2 pun perlu cari tempat yang ada toilet so that bila rasa boleh cepat2 g toilet. macam2 ubat aku ambil2 mmg xdak effect. seminggu tanggung semua tu.
ubat inbo, ubat msia,ubat klinik u, smua aku ambil. last2 aku g klinik luar, dr ckp aku gastrik. lepas aku ambil ubat tu for few days, alhamdulillah sihat.

and now. aku terkena lagi. ni lagi dasyat dan tetiba. dalam pukul11 pg smlm,lepas breakfast, aku sakit perut. bila dah balik tpilet, perut aku pedih gila sampai dah tahan, aku decide g klinik u.sblm g klinik, aku muntah.dah smpai klinik, aku crit lai then muntah lagi sementara nak tggu giliran.aku request dr nurul sbb puas hati dgn layanan dia. dia cakap aku kena masuk air sbb aku xboleh mnum air, nnti aku muntah lagi.kena masuk air 2botol. aku stay dekat ward dari pukul12-5.dapat mc dua hari.kena pantang makan.
time tgh masuk air tu pun kena makan ubat jugak. 2x sbb 1st mkn aku muntah keluar balik smua ubat pastu makan lagi, muntah lagi.

buat masa sekarang aku rasa aku dah better sebab weekend ni ada dua kenduri kahwin nak kena attend. sabtu dan ahad. aku dah terbayang makanan sedap2, janganlah buat hal lagiii T_T
semoga sakit aku ni adalah kifarah dosa, dapatlah kurangkan dosa2 aku, amin..


May 23, 2012

Surprise ♥ 2

i should post this few weeks ago actually. samala mcm post2 yang lain.
tapi biasalah sekarang, kekangan masa.

i got another surprise from bulan masa bulan jemput dekat airport.

few weeks before aku bertolak g bandung, dia ada cakap ada surprise untuk aku bila balik dari bandung, tapi bila dia datang amik aku, melenggang ja, aku xrasa apa2 sbb dah lupa dia ada bgatw smua tu, HAHa
dialah jadi mangsa bawak beg aku yg 10kilo lebih tu.
bila otw hantar aku balik, dia bising2 mengadu nak terkencing sangat2.
kat depan sikit ada rnr, aku suruhla berhenti tapi bila dah masuk lorong, xpergi pulak pkcik ni ke toilet.
dah jauh sikit dari rnr tetiba stopkan kereta lagi
lepastu dia turun and buka bonet. aku malas tanya sebab ingatkan dia ada hal apa2 sal keta tu.
bila dia masuk balik, dia bawak sejambak bunga ros  ! argghhhhh
terkezut tergamam kejap. dahla besar, banyak. never expect dia akan jadi seromantik itu,haha
sebab aku rasa most of lelaki yang aku kenal. kalau bab2 nak beli bunga, nak pergi kedai bunga, and apa2 yang berkaitanlah, mesti malu2.

kereta yang memang sejuk dengan aircond tu tetiba aku rasa panas nak berpeluh,haha
sebab terkejut and of course terharuuuuu.
jakun sebab 1st time dapat bunga dari lelaki special,haha.
tengs sayang. i heart u :)



May 22, 2012

selamat hari lahir mak

assalamualaikum.

yup. patutnya aku post entry ni 19hb May lepas tapi aku dah terlepas sebab aku berada di luar kawasan pada tarikh tersebut. laptop kakak aku pulak mengada block apa ntah, nak buka blog2 pun xboleh.

okay, straight the point, tarikh tu merupakan hari lahir insan terpenting dalam hidup aku.
tanpa insan ni, means xdala aku kat dunia ni. of course MAK aku.

Mak, anak mak ni nak wish selamat hari lahir untuk mak. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak, panjangkan umur mak. terima kasih untuk semua pengorbanan dan kasih sayang mak selama ni which i can see it clearly. harap mak ampunkan salah silap anak mak ni dan doakan kejayaan dia di dunia dan akhirat.
i love u so much mak ! :')

ada iras x? haha

May 15, 2012

trip to bandung ♥ 3

assalamualaikum

this will be the last part of my story on our trip to bandung.
 hari selepas kami melawat ITB, besoknya kami melawat kilang vaccine, Biofarma.
not bad layanan kat sini, ada orang layan, process engineer kat situ siap cerita satu2 process kat situ smpai aku rasa amboi, detailnya dia bgtaw,. terus rasa macam bagusnya, dia xdak nak kedekut ilmu, semua share.
dapat saguhati dan makanan yang penting, hehe
dapat jugak melawat kilang dia kat sana, memang besar gila.lenguhhh jalan -__-"
cik tini sbg pengarah  bagi speech :)





kat situ pun ada musium dia jugak. bangunan kilang tu yang lama, dia letak barang2 yang guna untuk buat vaccine dulu, menarik.


hari yang tinggal, kami pergi Pasar Baru lagi sebab semua orang belum puas membeli dan belum sempat beli semua barang,haha. shopping saja. memang banyak duit habis dekat situ ja.hewhew

hari last, tempat yang macam wajib pergi jugaklah kalau ke bandung orang cakap. kami g Kartika Sari. tempat yang jual macam2 jenis brownies, kek2 lain pun ada jugak. kalau dalam plan asal, Amanda pun kami g jugak tapi disebabkan lebih kurang ja, kami xjadi g. aku beli 4 kotak,hewhew.



lepas dah sudah shopping brownies kat Kartika Sari, guide kami bawak g Transtudio. tempat ni macam genting camtu la. pastu ada mall yang macam tempat orang kaya shopping,haha.kami xmasuk pun transtudia tu sebab ada masa kat situ dalam sejam ja. so ambil gambar kat luar2 tu ja,hehe. risiko pun tinggi jugak kalau main benda alah ni, dahla kat negara orang.


kedai barang outdoor . borong jugak kat sini 



maka bergeraklah kami ke airport. flight pukul 8.30, kami gerak awal sebab takut jalan jam. tiket tu buat aku confius sebab masa gerak dia ikut jam indo, masa sampai dia ikut jam malaysia.dalam pukul 11.30 waktu malaysia, kami selamat sampai ke tanah air :)

benda first aku buat bila sampai, pergi toiletttttt ! aku cirit birit. nasib baik dalam flight perut xbuat hal -___-
lepastu senyum lebar sebab dari jauh nampak bulan tengah tunggu :)

sekian cerita bandung kami. :) ni first time pergi oversea sebenarnya.tu pun indo ja. tapi the experiences we got is priceless. gonna miss all the sweet moments together with all of them ! sayang semua :')

May 4, 2012

trip to bandung ♥ 2

let the pictures do the talks more than i did okay? hee
sebab kerajinan is not propotional to kelapangan masa. ouch

 ni masa makan kat restoran De Cost. dalam banyak2, kat sini yang aku paling suka sebab sedap la jugak dengan xmahal mana pun. ni kongsi2, telur dadar seafood belum sampai waktu ni. besar, sedap dia punya telur dadar. cappucino blended pun murah. budget kami untuk makan setiap hari RM30 sorang.


 yang ni pulak kat pasar baru. tempat shopping barang2 murah. ada luar dan dalam, tapi kami ramai yg xkeluar sebab xberani dan xsempat pun, dalam ada 7 tingkat. dia punya location escalator tu buat aku bengang sikit sebab jauh2 dan xsistematik. kalau dh naik, nak cari yang trun punya, punyala jauh.hanginnn.kalau lif pulak, tunggu 10mnit blom tentu dapat naik, ramai sangat. pasar baru ni buka 10am till 5pm saja.
 Ni air rasmi kami. kalau baru jejak kaki kat sana, orang nasihat jangan terus minum air biasa kat kedai2, takot nanti kena diarrhea . like aku ! so most of the time kalau nak order untuk minum, order air aqua saja.murah dan selamat.

ni dekat restoran The Paradise. okayla kat sini. tempat okay, servis pun okay.selesa. tapi cuminya keras ya pak, haha. boleh patah gigi, hihi


excited sebab berjaya lompat tapi xkelihatan kurang sopan, hee. sini namanya Kawah Putih. tempat ni sejuk.asalnya aku bawak pashmina tu sebab dah taw sana sejuk tapi disebabkan ada bau sulphur, aku pakai jadi macam purdah tu sebab aku xbeli pnutup mulut tu. Mas Hendra cakap aku pakai cadar. semua dok nganjing aku pakai cadar. dah lama baru tanya, kalau kat Indo, cadar tu maksudnya purdah la, haha.


gambar pun dah kurang nampak sebab kabus makin tebal. awal kami sampai tu memang boleh nmpak lagi, clear ja.tetiba pulak kabus penuh.masing2 kena tutup hidung :)




 datang sini petik strawberry. satu bakul penuh tu dalam rm10.manis, sedap. dah balik hotel pun still manis lagi.kat sini produce dodol,kerepek strawberry jugak. ada 1 scene kat sini, ibu yg jual kat situ suruh aku datang sini lagi bila dah pregnant nanti, datang dengan suami,haha. tergamam jap aku.


yang ni panggil angkut. boleh dikatakan ni public transport kat sana. tapi kami jarang naik sebab kami guna van. yang ni paling murah kalau xsilap. kekadang, klu dalam angkut ni, bila bhenti jam or trfic light, nanti ada budak ola mostly datang nynyi2 or buat apa ja , so kena hulur2 duit jugakla.


ni kat depan pintu masuk ITB(Institut Teknologi Bandung). kami ada program kat sini for two days. hari pertama jalan2 kat situ, jumpa students, dengan sedikit taklimat. second day kami masuk kelas. saja nak rasa macam mana suasana kat sana. tapi ya ampun, aku xfaham apa2, bahasa indonesia yang lecturer guna jarang sanagt dengar. yang kami masuk tu lebih kurang subject organic chemistry. tapi quite a good experiences. aku perasan dia banyak puji Tun Mahathir :)


yang ni menarik perhatian aku. first time tengok memang gelak, tapi bagusla dia buat macam ni. yang aku tertarik tu dengan ayat. hee :)



okayyy. enough for now, nanti sambung lagi !