October 31, 2010

Burung Hantu 2010

menarik pulak aku rasa nama program ni.
ni first time aku tahu pasal burung hantu ni,padahal sebelum ni ada ja program ni.
burung hantu ni ,program cycling @night ride.
program ni bukan untuk budak2 u ja,kalau xsilap aku,anyone kat malaysia ni boleh join.
even foreigners pun ada.
aku pergi bukan sebab aku pun involve dalam cycling ni,saja nak mengimarahkan suasana.haha


.: stretching-up :.

boleh kata tiap2 minggu ada ja program src yg aku join yang pergi merantau negeri orang.
kali ni kat melaka pulak,kat dataran air keroh kalau xsilap.
ramai kot yg join program nih,lebih 1000 orang.
xtawu aku nak bezakan basikal mana yang bpuluh ribu,yang mana biasa2 ja,tapi cnfirm sume mahal.



yang kelihatan berpangkat bapa kepada anak-anak yg ramai pun ada join.ehehh
minat xmngenal usia kan.
route yang dikatakan susah and tough oleh rider2 utm tu is about 50km.
semua rider utm dapat habiskan kayuhan!tahniah2..
muhamad nasiruddin rider utm yang 1st sampai.out of all,he is 89th.
cayalah!impressed gila kot.even bukan no 1,tapi dalam seribu lebey yang join,ko boleh dapat no bawah dari 100.ti jian liang jugak!no 98.hehe.tahniah2.
considered win ye nasir,haha.no more 'hutang'.mesti ko usaha gila sebab nak hapuskan utang ang kan.haha.
sementara tunggu rider2,kami pergi night safari sebab sebelah ja,so,dah xda benda lain boleh buat,kami pergi situ.
at first,nak uat wall climbing tapi cuaca xmengizinkan.
about 4am kami bertolak balik utm..
penat.tido..zzz


.; mula.tamat :.

October 30, 2010

u and I #1

cemburu tu penting x?
bagi aku,penting!
salah x kalau aku cemburu tengok orang yang kita sayang masih disayangi oleh "ex" beliau dan sangat obvious.
i do trust you,but sometimes i cant stop this feeling.
fobia is the problem.
before,i trust someone 100% and just let he do what he want..
at last,both of them that i trust stabbed me from the back.'
hurt me so much.
you know what hubby,my love for you keep growing from day to day.
i know and i'll remember what you said to me.
kalau bbuat air,xletak gula xsedap jugak,tapi kalau gula daf terlebih,xelok jugak kan.
ila tawu,tapi insyaAllah ila mintak benda2 macam ni xjadi 'reason' for anything bad.

nak tawu lagi x ila fobia apa lagi?
bila "call-waiting".
OMG,panas badan bukan sebab marah tapi sebab takot.
serius takot!
because of call-waiting,i got thousands of lies.
dont want the same thing to happen.

i gave reasons not because to remember about the past.
but i want you to know why i acted that way.

amir hafizudin,
saya mungkin bukanlah wanita sempurna ataupun wanita yang mungkin menjadi idaman kamu.tapi,percayalah,dalam hati saya,saya sangat sayang kamu dan sentiasa mencuba yang terbaik,only for you.hari ke hari,saya cuba menjadi insan yang akan kamu sentiasa sayang i dont know to tell u what i have in my heart towards you.
everyday,i am in love with you sayang.in malay,hari-hari saya jatuh cinta pada awak!
love,
fadila

October 29, 2010

DEMI WAKTU AKU UNTUKMU

Nurul kembali ke bumi setelah fikiran dan matanya terbang tinggi menikmati kehalusan seni bina agung Kuala Lumpur City Centre.Hiruk-pikuk sekitarnya mengetuk ruang dengar.Melodi hidup warga metropolitan yang bergelut untuk terus hidup.Pandangan Nurul beralih kepada kotak merah jambu yang erat dalam pautan tangannya.Pergelutan hidup aku baru sahaja bermula.Apa yang harus aku buat?Berlawan atau menyerah?

“Nurul,maaf Kal lambat”suara seseorang mematikan lamunan Nurul.Wajah tuan punya suara itu redup sekali.Dalam mengahnya yang berkejar ke sini,senyman masih setia di bibir.Haikal melabuhkan punggungnya di palang penghalang jambatan itu.Disinilah tempat perjumpaan rasmi mereka,berdepan dengan menara berkembar KLCC yag menjadi saksi mereka bertemu buat pertama kalinya.Saksi kepada impian-impian yang mereka lafazkan ketika mengulangkaji pelajaran untuk SPM yang menjadi medan tempur mereka dahulu.

“I heard good news.Tahniah!”Nurul memulakan bicara.Matanya melekat ke bawah,tida kekuatan untuk bersemuka dengan Haikal.

“Hei!Kan Kal dah kata kata Kal tak akan pergi kalau Nurul tak dapat.I’m not going,”bersengguh pemuda itu meyakinkan buah hatinya.Tak mungkin dia meninggalkan Nurul di sini sedangkan dia jauh di Ireland melanjutkan pelajaran.

“Maafkan mak cik Nurul, bukan niat mak cik nak Nurul dan Haikal berpisah.Kamuberdua masih muda,perjalanan masih jauh lagi.Peluang melanjutkan pelajaran ke Ireland bukannya dating banyak kali.Mungkin bukan rezeki Nurul dapat biasiswa JPA itu.Tapi mak cik tak mahu Haikal melepaskan peluang ini.Dia tak mahu menerima biasiswa itu kerana dia tak mahu berenggang dengan kamu.Mak cik harap Nurul boleh nasihatkan Haikal ya!Lagipun kamu berdua masih mentah,belun tentu lagi perhubungan ini.Mak cik mahu kedua-dua kamu dan Haikal fikirkan masa hadapan dahulu.Kalau ada jodah tak kemana,bukan?Masa masih panjang lagi dan mungkin kamu akan berjumpa dengan orang lain yang lebih baik dan sesuai dengan diri masing- masing.Mak cik ni ber cakap sebagai orang tua yang banyak pengalaman hidup.Mak cik mahu Nurul fikirkan sedalamnya,betul taka pa yang mak cik cakapkan ni?...”Terngiang luahan mak cik Husna di gegendang telinga Nurul.Tiada yang salah pada kata-kata itu.Ucap rasa ibu yang tidak mahu anaknya membuat keputusan tidak matang.

“Nurul!Nurul!”Haikal melambai tangannya di hadapan gadis itu.

“Nah!”Nurul menyerahkan kotak merah jambu yang berada di pangkuannya sejak tadi.Raut wajahnya berkerut,gusar akan reaksi yang bakal diterimanya daripada Haikal.

“Apa ni?Kal bagi Nurul kan gelang tangan ni!Kenapa bagi Kal pula?”Haikal keliru.Kotak comel itu dibuka,diperhatikan isinya.Gelang tangan perak yang tertulis ‘Aku untukmu-Haikal.Galang yang ditempah khas olehnya sempena hari jadi Nurul sebulan yang lepas.

“Nurul nak Kal pergi!”Nurul serius.

“Apa maksud Nurul?Kita dah janji kan?”Haikal semakin bingung.Dia inginkan penjelasan.

“Oh!Come on HaikalTakkan Haikal ambil serius janji-janji tu?Itu janji budak-budaklah,”Nurul sedaya upaya mengetengahkan reality kepada Haikal.

“Yes!I do!Apa ni?Haikal ingatkan Nurul sayangkan Haikal!Apa ni??”Baran HAikal tercetus.Kotak merah jambu itu disua semuala kepada Nurul.

“I returning it back to you!Nurul nak kita tumpukan pada pelajaran masing-masing.Haikal patut pergi ke Ireland!Haikal mesti pergi!This is a good opportunity for you.”Nurul meluahkan segalanya.

“Ok,I go!Tapi kenapa pulangkan gelang ni?”Haikal bengang.Tidak mungkin Nurul mahukan perpisahan dengannya.

“Tolonglah Haikal.Ini cinta monyet ok!Cinta yang tak matang.Nurul tahu Haikal sedar akan hakikat itu kan?Perjalanan kita masih jauh.Haikal akan jumpa ramai lagi perempuan kat luar sana.Begitu juga dengan Nurul.Jangan jadi bodohlah.”Nurul sedikit keras.Realiti memang tidak selalunya indah.

“No!You are right!Kal memang bodoh!Jadi semua ini palsu?Cinta monyet?Ni,gelang ni,Nurul ingat gelang ni palsu?Haikal berhempas pulas kerja untuk tempah khas gelang ini untuk Nurul.Nurul fiir itu palsu?Kalau Nurul tak mahu gelang ni,apa yang buat Nurul fikirHaikal akan simpan benda ni lagi?”Haikal marak dengan emosinya.Kotak di tangannya itu dibuang jauh dan jatuh ke dalam terusan dibawah jambatan tersebut.

“This is all bull shit!I can’t believe this is happening.”Tinggi nada suara Haikal.Dalam marahnya jatuh titis mutiara kesedihan.

Termangu di situ Nurul membiarkan Haikal berlalu pergi tanpa sepatah kata darinya.Matanya menangkap kotak merah jambu yang bergerak perlahan dibawa arus terusan di bawahnya.Jika benar itu semua Haikal,aku memang untukmu!Tetapi bukan sekarang,jika ada jodoh tak ke mana.Cecair panas mengalir ke pipi Nurul,dibiarkan mutiara itu jatuh membasus pergi semua kepedihannya.


‘Perarakan keluar para graduan daripada dewan akan berlangsung sekarang’.Pengunguman itu bergema kuat di sekitar kampus.Meriah sekali Pesta Konvokesyen kali ini.Lebih-lebih lagi apabila ijazah sudah selamat berada di genggaman.Nurul ceria,segala penat lelah usahanya belajar selama ini sudah berbayar.Membetul-betulkan jubah dan topinya,Nurul melangkah yakin mengikuti perbarisan yang bergerk ke luar dewan.

Tiba di luar dewan,perarakan disambut dengan ucapan tahniah dan sorakan ahli keluarga graduan.Sejambak bunga muncul di depan Nurul.Tatkala itu perarakan sudah bersurai,graduan membawa haluan masing-masing bagi meraikan kemenangan mereka.

“Terima kasih mak,ayah!”ciuman daripada kedua orang tuanya hinggap di pipi Nurul.Saat yang dinantinya akhirnya tiba,melihat senyuman bangga mak dan ayahnya terhadap pencapaiannya.

“Mana angah dengan adik?”soal Nurul apabila melihat ketiadaan kelibat kedua-dua adiknya.

“Kak Long!Kak Long!”jerit suara Melissa dalam sesak lautan manusia itu kedengaran.Nurul terpusing-pusing mencari tuan punya suara itu.Melissa muncul di depannya diikuti Faizal di belakang.

“Adik!Cuba jangan jeri-jerit.Buat malu betul,”Nurul menasihati adiknya.Melissa tercungap-cungap mengambil nafas.Faizal pula tersengih-sengih.

“Kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni angah?”Nurul menegur.Hassan dan Fauziah sekadar menggeleng melihat telatah ketiga-tiga anak mereka itu.

“Nah!”Melissa menghulur sehelai kertas kepada Nurul.Nurul mengambilnya.Hassan dan Fauziah pula menghimpit anak sulung mereka itu mahu berkongsi maklumat yang tertulis di atasnya.

“Haaaaaaa!Siapa bagi ni dekat adik?”Panjang lopong Nurul.Matanya terbeliak bagai tidak percaya isi kandungan kertas itu.Hassan,Fauziah dan Faizal sudah pecah gelak.

Ada abang handsome tadi edarkan kertas ni dekat orang ramai dekat pesta konvo tadi.”jawab Melissa selamba.Dia juga menahan tawa melihat muka Nurul yang memucat.

“Nurul!Nurul!”beberapa rakan Nurul memanggil namanya.Suara mereka cemas ,mengerumuni Nurul dengan tangan masing-masing memegang helaian kertas yang sama.Diperhatikan betul-betul kertas tersebutWajahnya yang tersenyum menampakkan barisan gigi yang comot dengan coklat.Gambar kandid yang diambil sewaktu perkhemahan Fakulti Sains dan Teknologi tahun lepas terpampang jelas di tengah-tengah kertas itu.Di bawah tertulis;Kepada sesiapa yang mengenali gadis ini,NURUL HUDA HASSAN,sila beritahu dia bahawa seseorang menunggunya di dewan Sri Bestari pada pukul 1.00 ptang ini.

“Kelakarlah Nurul.Ni gambar kita pergi ‘camping’ dulukan?

“Boleh tahan,tapi kau nampak gemuk sikitlah Nurul dalam gambar ni.”

“Apa lagi Nurul,jomlah pergi Dewan Sri bestari sekarang.Kejap lagi pukul 1.00 petang.”

Komen-komen dan reaksi kawan-kawannya cukup melemaskan Nurul.Arghhhh!Orang bodoh mana yang buat kerja tak siuman ni!Hatinya memberontak,bengang.Dia mendapatkan semula Melissa yang sedang menerangkan sesuatu kepada Hassan dan Fauziah.

“Adik!Cakap betul-betul dengan Ka Long,adik kenal tak dengan orang yang edarkan kertas ni?”Nurul serius menyoal.

“Dia kata dia kawan lama Kak Long.Muka dia macam adik pernah tengoklah.Tapi di mana ya?”Melissa menjawab bersungguh.

“Apa susah Kak Long,pergi sajalah Dewan Sri Bestari tu,orang tu mesti ada dekat sana,”Faizal memberikan pandangannya.

“Pergilah Long,mak dengan ayah tunggu dekat sini.Pusing-pusing dekat pesta konvo tu.Hal orang muda,takkan mak dan ayah nak campur kot.”senyum Fauziah pada anak sulungnya itu.Kemudian berlalu pergi bersama Hassan yang masih lagi bersisa sengih.

“Apa lagi Nurul?Mak dengan ayah kau dah bagi green light tu.Jom pergi Dewan Sri Bestari.Membontoti mereka adalah segerombolan kawan-kawan Nurul yang lain.Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan drama yangbakal berlangsung.Nurul kusut.Dia melangkah,sekadar menuruti rentak kaki Nadia.Hish!Dah buang tabiat ke mak dengan ayah ni.Macam tak kisah je anak dia dimalukan macam ni.Waaa!Rosak hari bahagia aku.

Setiba di Dewan Sri Bestari itu,tempat duduk sudah penuh diduduki pelajar-pelajar.Semakin pucat muka Nurul dibuatnya dek suasana itu.Diorang ni dating nak tengok wayang ke?Pelajar-pelajar yang lain teruja dengan kehadiran Nurul.

“Hai Nurul!Assalamualaikum,”suara yang amat dikenali Nurul bergema di dalam dewan itu.Kemudian muncul seorang yang amat dikenali Nuruldaripada lautan manusia itu.Wajah redup yang amat dirinduinya itu tersenyum manis.Haikal?

“Waalaikummussalam,”mikrofon yang diberi Nadia kepadanya diambil Nurul.Agak kasar jawapannya.

“Garangnya,marah ke?Ok Kal tahu Nurul keliru sekarang ni.Nurul tak faham kenapa Nurul buat semua ni kan?’The rule is let me finish all that I need to say then it will be your turn.’Setuju tak?”Haikal tersenyum bertanya.Tanpa sempat Nurul berkata apa-apa,dewan itu gegak gempita dengan jawapan SETUJU!!Nurul buat muka. tak setuju!

“Lima tahun lepas aku terluka kerana seorang gadis.Gadis pertama yang berjaya mencuri hatiku.Orangnya ceria,cantik dan sangat realistic.Ciri yang tiada padaku ketika itu.Mungkin kerana ketidakmatangan aku sendiri atau munkin kerana aku terlalu cintakannya….Dia menentukan perpisahan kami.Tanpa khabar berita,dia mengelak dari diri ini.Buat satu ketika aku putus asa dan mencuba nasihatnya yang mengatakan ramai lagi perempuan lain yang akan mengetuk pintu hati ini.Kegagalan demi kegagalan cukup mematangkan.Aku terfikir mengenai si dia dengan lelaki-lelaki yang muncul dalam hidupnya selepas aku.Melalui internet pencarian bermula.Terima kasih buat Nadia,Melissa dan Faizal kerana sudi membantu,aku tahu si dia bagai pungguk merindu.Menjadikan buku dan pelajaran sebagai teman.Hati tertanya-tanya mengapa ini berlaku?Adakah Si dia menunggu aku?Ingin menuntut janji-janji yang pernah terlafaz dahulu?Boleh Nurul jawab persoalan Haikal itu?”Haikal meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.Langkah diatu satu persatu mendekati gadis pujaannya itu.Dewan sunyi menunggu jawapan daripada Nurul.Air matanya menitis mengenangkan peristiwa dulu.

“Apa yang boleh Nurul lakukan apabila seorang ibu merayu supaya Nurul melepaskan anaknya.Tak mungkin Nurul akan meragut peluang keemasan orang yang paling Nurul saying…Cinta memang bodoh!Kita melepaskan orang itu pergi tetapi merana sendiri kerana hati ini sudah dibawa pergi.Macam mana nak mulakan percintaan baru sedangkan asyik teringat janji-janji manis percintaan dulu.Percintaan yang secara zahir tidak pernah terputus.Panggilan-panggilan mak cik Husna yang menyampaikan berita-berita terbaru bagai menyatakan cinta itu masih boleh bersatu.Nurul tak pasti adakah itu cinta monyet?Nurul tak pasti adakah semuanya palsu?”Nurul emosi.Terbayang di kepalanya apabila hari-hari perit yang pernah dilaluinya.Hidup dalam kerinduan yang mengatakan mungkin mimpi,harapan,impian dan cinta itu akan menjadi reality.

“Jawapan itu membuktikan segalanya Nurul Huda,Haikal di sini menuntut janji.Janji demi waktu aku untukmu.”Haikal serius,memandang tepat ke mata Nurul dan melutut.Dari koceknya dikeluarkan satu kotak merah jambu berisi gelang yang tertulis ‘Aku untukmu-Haikal’.Nurul terlopong.

“Kal campak kotak ni dalam terusan dulu kan?”Nurul hairan.

“Yes!Tapi Haikal ambil balik ,membazir.RM50 Haikal beli ni!Haikal cuba cari tuan punya yang baru untuk gelang ini tapi tiada siapa yang dapat gantikan Nurul dalam hidup ini.Jadi,Nurul Huda Hassan,sudikah tuan puteri menjadi suri hidupku?”Haikal selamba disambut sorak satu dewan.Manakala Nurul melopong buat sekian kalinya.Biar betul!

“No!”jawab Nurul ringkas membuatkan dewan itu sunyi serta merta.

“Kecuali kalau Haikal tempah semula gelang ini guna emas.Yang ni palsulah,”seloroh Nurul,dia mengambil gelang itu daripada tangan Haikal dan disarungkannya,tersenyum sengih.Haikal bingkas lalu menarik hidung Nurul,tersenyum gembira.

Mimpi,harapan,impian dan…….cinta,semuanya boleh menjadi reality dengan syarat kita tahu kepentingan yang peril dilakukan dulu.Demi waktu aku untukmu Haikal.

“Semuanya berjalan lancar.Kepasa semua yang berada di dalam dewan ini,anda semua dijemput hadir ke majlis perkahwinan kami dua minggu daropada sekarang.Sebab saya akan berlepas semula ke Ireland untuk ambil Master dan membawa bersam buah hati saya ini!”Haikal merangkul pinggang Nurul dan membuat pengumuman penuh yakin.Nurul pula;What!Terlopong lagi.



_remaja_

kenapa xtukar lagu?

ahaks.ada tak orang lain yang pernah terfikir soalan ni?
or aku sndiri ja yang rasa macam ni.haha
okeh,xkisah la tertanya-tanya or x.meh sini nak bgtaw.
lagu AFGAN-PADAMU KUBERSUJUD ni aku xtukar sebab aku rasa lagu ni macam bagus.ehee.
bukan macam tapi memang.lagu ni kan macam doa dan keinsafan.
at least,time baca blog ni,ada jugak benda sampingan yg kita buat "doa"
aku sendiri pun ikut nyanyi lagu ni kalau aku buka blog aku.
sorila kalau bosan.ehe.
tengokla nanti kalau aku rasa ada lagu lain yang boleh ganti lagu ni. ^_^


.: rindu nak pelok batrisya yg makin tembam!not related. :.



*bosan study lagi.. T__T

October 28, 2010

rindu

banyak yang aku rindu!
taknak tinggal kat utm,na balik,da nak masuk mggu exam da,tanak exam .:((
rindu mak ngan abah..rindu nak balik rumah..makan kat umah..rindu!
rindu kat amir hafizudin..
hby rindu syg x?ehe,jgn geli pliz.
rindu kat kawan2 aku..nak g lepak sesama,shopping pun boleh! :))
ala..RINDU ni!!!


*bosan tengah study
*tension tengah study

October 27, 2010

Gunung Bunga Buah



23hb and 24hb oct lepas,aku joined aktiviti kelab rekreasi utm .kali ni kami daki gunung bunga buah,genting highlands,pahang.ni gunung ke-5 yg aku daki.
sejak bila tah aku boleh terjebak mendaki gunung ni.sebab tqa kot,dia mtmjk kelab nih.aku bukan la pendaki tegar,tapi daki gunung kadang-kadang best jugak.kadang-kadang rimas gak bab2 nak tukar baju,bawak beg besar,xmandi,nak menandas,macam-macam lagi la.but still aku ada nafsu nak g jugak.:).
so,hadi,jgn tnya lagi kenapa aku suka daki gunung even penat semua tu.
gunung ni agak mencabar gak la,xmacam yang aku bayang.gunung yg aku daki sebelum ni xtough mcm ni aku rasa.
sebab banyak puncak tipu(baru tawu org panggil ni),kena naik turun banyak kali.down jugak la sebab ingatkan da sampai puncak,tapi xpun..:(
tapi at last,sampai jugak!
kami masak untuk tengahari,lepas tu team xpdc CUSG(camag ulu-sepat gerah) turun balik sampai ke water point pastu naik balik kat camp site.tahniah,memang aku speechless la sebab ampa semua kuat sgt.penat kot!buckled up yg bkesan rasanya.
tahniah jugak kat amir azizan ngan ikhwan hafiz sebab boleh handle program ni dengan baik.
naik gunung kali ni aku dapat rasa jatuh atas tanah merah,tergelongsor dengan pengalaman seram sebab aku ada bau something yang org lain xbau.takot!dah nak nangis dah aku sebab aman dok takotkan aku. :'(
memang mental kena kuat la nak naik gunung ni.alhamdulillah,we did it.yey!

*rasa macam ni gunung last ja,huhu


total outdoor.love u guys.

October 20, 2010

White Water Rafting

18th 0ct will be an unforgettable day for me.
i tried something that i never imagine i will involve.best sangat!
i think i am just 1cm from the title hydrophobic.haha.
it's all because i cant swim and i'm a pesimis person(nanti aku lemas).huhu.
ok,lets start.we stayed at murni camp.camp tu la responsible untuk bwak kami rafting nt.
kami naik lori dari plaza tol gopeng sampai camp tu.menarik!haha
mula2,kena la warming up dulu.
pastu,everyone of us must do water confident test.guide akan lepas anda ikut arus air,astu you have to try to control using your hands and legs to stay safe.jangan risau,pakai b.a(bouyancy aid) and helmet.

.:cuak disitu:.

.:gagagga:.

lepas semua orang dah lepas,we got in our boat(pggl boat eh?)haha.plampung besar la senang.hehe.ikut group.aku group dengan zila,ja,kod,aman n sapek...gembira dengan mereka wlaupun aku selalu dikenakan sebab aku takot jatuh and anti-capsized .huhu.


.: at the beginning :.

banyak istilah dalam wwr ni. boom-boom,jump-jump,forward,backward,go to the left,go to the right,hold on,o.s(oh shit.serius ni,haha) and apa lagi tah,ada yang terlupa.
aku plg suka boom-boom sebab yg tu paling selamat.duduk kat tengah boat,tunduk habis habisan pastu pegang tali os.group aku selalu gelakkan aku sebab aku paling bersemangat buat.huhu.jahat ye kamu semua.


.: i'm ok..ptotnya sebelah je,hehe :.

we were the first group to try all the tough rapids.there were 16 rapids altogether.yg paling tough double decker.we passed without capsized!cayalah.tapi semua group pun,hehe.sebabnya water condition tym tu levelnya about 3 to 4 shaja.tapi kami semua try unnatural capsized.haha.xsuka!!!takot.untuk group saya,jangan ngada-ngada nak try capsized lagi ya!huhu.that is the first and last....... please.
time passed by very fast.tengok2 da sudah dah kami berwater rafting kat situ.eheh.
jom balik!
credit to rajab and pian sebab bagi duit kat kami untuk beli air kat plaza....nikmat!


.: aku paling belakang :) :.


.: last stop :.

October 15, 2010

2 hari saja.xcukup la

12th oct aku bertolak pergi selangor sebab 13th konvokesyen kak aku kat upm.pukul 5pm lepas kelas pollution control dengan analytical chemistry,aku terus gerak pgi airport senai.kak aku yg sponsor tiket,hehe,tapi pgi ja..aku gerak agak awal,pdahal flight 6.55pm.sebab aku xtaw amik masa bpa lama nak samapi sana.awal sejam is better than lewat seminit right?ehe.
naik firefly yg sempit 2,sebab nak turun kat subang.
sampai sana,my hubby jemput.
tapi dia lmbat sebab jam,huhu. sokay,saya xmarah,thanks coz fetched me! :)love u!
dapat jumpa kejap ja,:( makan2 n sembang2 kat restoran jejantas tu.then balik.

13th oct,bangun awal pagi sebab na btolak prgi upm.agak lama la nak tuggu turn kak aku,huhu,sabau jela.aku jadi photographer jap untuk hari tu,haha,even aku xtaw apa sangat,nak suruh sapa lagi kan..hehe.blom sempat transfer lagi suma pis tu.
dah selesai kat upm tu,kami prgi makan ramai2,kesian abah and mak aku dah lapar sangat2 sebab masuk fridge(dewan) 2 without breakfast.
terus balik rumah sebab semua org dah penat.aku sempat lagi balik makan laksa ngan tomyam mak aku buat smpai buncit perut,then tdo,haha.
malam tu kami pergi umah pak njang at kat taman melawati,abah tdo kat sana,abah kalau prgi kl mmg wajib prgi situ.
da lewat dah,adik aku sibuk nak g uptown.aku malas,ngantuk,balik terus tdo,xnak ikut.

14th oct,bangun lewat,simpan2 barang sebab nak blik petang tu.
pergi check tiket kat duta dulu pastu btolak prgi Pertama,kat kedai pak njang,jumpa n amik abah kat situ.
pastu abah ajak prgi shopping!kan sebelah ja dgn sogo.bestnya!xyah kuar duit sniri,hehe,ingatkan nak beli 1 ja,ttiba abah bagi dwet lebey2 pulak pastu siap cakap 'cukup x 2?'.ahaks,syg abah!adik aku jeling ja tgk aku dapat banyak,haha,jeles la tu.shopping jom!
pkul5 btolak prgi duta,bas aku pkul7.30 tapi 6.30 dah sampai,nasib baik aku mmg ada kat situ.around 2am baru aku sampai utm.geram gila kat bas tu,asik benti lama2,sampai aku dah xley tahan mengantuk sangat,terlepas nak turun kat sri putri.melayang duit aku sebab trun kat larkin.ergghh!
sampai bilik,tukar baju,solat,tdo~

*beruntung sebab kelas hari rabu cancel,hari khamis lak ada 1 klas ja,lagi 2 klas pun cncel,sebab tu saya balik lewat,hehe.
*happy spend tym dengan family and si dia wlpn sekejaap.

congratulation FAKIHAH ALIAS

tahniah kak teh!
dah grad dah lepas study tahun kat UPM tu!
i'm proud of u..even blom grad lagi hari tu dah kerja dah..
nak macam tu jugak..tapi! :(
hope your future will be brighter and success with flying colours..
i know abah and mak very proud of you too and they are very happy.
i can see it.. :))
ok dah,xayah puji banyak2,sayang u!


*cepatla transfer suma pics 2~i have none of them.
*bayarla for my service although xsecantik mana.ahaks!

October 10, 2010

derma darah

wah!!!
finally,hasrat aku da tercapai.
venue: bilik seminar KTC(kolej tunku canselor)
time : 3.45pm
dah banyak kali aku dengan roommate aku plan nak derma darah tapi selalu xjadi sebab terlupa or ada benda lain yg kena buat.tu pun nasib baik sempat,kami ni 2nd and 3rd last.apa nak jadi.

macam biasala,before derma darah,kena isi2 borang dulu.normal questions la.ada apa2 penyakit or x.
kalau prempuan lak,dia akan tanya bila last period?1 week after and before xboleh ye.
pastu cuak,dah kena masuk bilik seminar tu.ada nurse tu dia check jenis darah.aku darah A!pastu doktor cakap tekanan darah aku normal and blood concentration pun bagus.hehe.aku ni kategori ND(new donor kot).dapat jugak 1 plastik yg ada epal,air kotak milo dan roti.
after passed counters,it's the time.derma darah!arggh.takot.yela,1st time.kena ccuk ngan jaum besar plak tu.ikut nasihat nurse.genggam,lepas,genggam,lepas.hehe.
lepas tu,wow!!!!aku nampak darah aku mengalir masuk dalam 1 pouch tu,banyaknya.


.tu darah aku tu.


instruments needed for last step

excited sikit sebab ni first time ok!
finally,i donated 350ml blood!hope darah aku berguna and xdak apa2 masalah.
insyaAllah dapat selamat 1 nyawa.who knows right.amin..

*tangan saya still lenguh2.tambah2 bila brek moto.sakit!
*tahniah incik amir sbb da 3x derma darah!
*same blood type dengan amir. A!! a for amir..i'm amir's.haha

October 9, 2010

love

lately,macam ramai pulak kawan2 aku yg ada problem bout cinta2 ni.
macam2 sebab.ada yg sebab 3rd person.ada yang sebab ego.ada yg sebab jealous.
aku pun jadi takut.bukan xpernah rasa ada masalah macam tu tapi sebab takut the same things happen to me.nauzubillah.
sedih aku tengok kawan2 aku sedih.it's all because of a person called "lelaki".
tapi kan,bf ak pun lelaki jugak.uish,susah na mengata camni.haha.
no matter what,aku harap kawan2 aku kuat,redha n optimis.
i know how hurt you are.aku pun pernah lalu semua tu.
lama jugak nak pulih balik.jgn jadi macam aku ea..
aku sayang ampa taw!
depa xsayang biaq kat depa la,depa xtaw yg depa tu dah rugi sebab kawan aku baik2!
melepas la depa!padan muka.
jangan sedih2 lagi ea..kalau sedih jugak,cari aku.taw!

*yesterday,8.10.10.cukup sebulan we are together.mengharapkan bulan2 yg akan datang.amin..

feelings

happy+sedih+excited+tension+moody+geram+marah+sakit hati+etc.

ergghhh!!
macam2 la this week.
tests direct 3hari,stdy tunggang langgang.
tapi alhamdulillah semua dah lepas.
i need something to cheer me up!
"something"!please come!


*rasa mcm nak shopping habiskan duit.
*rasa macam nak makan macam2. *macam2 tu makanan yg mahal.ahak
*rasa macam nak melancong
*rasa macam nak ke pantai
*rasa macam nak pelok org.huh?
*rasa macam nak tdo puas2.tapi xngantuk.
*rasa macam ...........ntah!